27 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 5, 2020

BANJIR: Kejadian Berlaku Sekelip Mata – Pembantu Juruterbang Helikopter PDRM

banjir-helikopter-pdrm-terhempas----

KOTA BHARU: “Kejadian itu berlaku terlalu cepat dalam sekelip mata sahaja dan sedar-sedar saya berada di hospital,” kata pembantu juruterbang ASP Hasli Hassan menceritakan bagaimana helikopter yang dinaikinya terhempas di Kampung Rambai Gobek, Tanah Merah pada Rabu.

Hasli berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 petang itu, ketika helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu terhempas penglihatannya menjadi gelap sebelum beliau tidak sedarkan diri.

“Ketika itu, kami berada pada ketinggian kira-kira 300 kaki (91.44 meter) sebelum terhempas,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, Khamis.

Hasli mengalami kecederaan pada bahagian lutut kanan dan Juruterbang, ASP Amirul Adli Ahmad yang mengalami keretakan pada tulang belakang kini dirawat di hospital yang sama.

Seorang lagi anggota, Sarjan Mejar Mohd Hood Abd Majid kini dirawat di Hospital Tanah Merah manakala Lans Koperal Arhafidah Zakaria telah dibenarkan pulang.

Isteri Hasli, Wan Roszihan Wan Daud, 32, berkata dia berasa amat bersyukur kerana suaminya terselamat dalam kemalangan tersebut.

“Alhamdulilah… tiada apa yang mampu saya ucapkan saya hanya harap dia selamat,” katanya.

Ibu Hasli, Hamidah Abdul Rahman, 60, berkata beliau berharap anak ketiganya itu cepat sembuh dan menjalankan tugas seperti sedia kala.

Kejadian itu bagaimanapun tidak menjejaskan usaha PDRM dalam misi menghantar bantuan kepada mangsa banjir.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim berkata, penghantaran bantuan melalui udara masih diteruskan sehingga kini.

“Bantuan tetap diteruskan sebab itu misi kita. Walau dalam keadaan macam mana pun petugas masih meneruskan tugas dan masyarakat perlu fikir pengorbanan mereka,” katanya kepada pemberita selepas melawat Hasli dan Amirul Adli di HUSM.

Turut hadir Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim.

Muhammad Fuad berkata, setakat ini punca sebenar helikopter berkenaan terhempas masih belum di kenal pasti.

“Secara teknikal kita tak tahu lagi tetapi ketika kejadian angin kuat dan mereka berada pada kedudukan rendah. Angin kuat menyebabkan helikopter tersasar dan tidak dapat dikawal, ini pandangan awal dari pilot (juruterbang) sendiri,” katanya.

Katanya, pihaknya menyerahkan kepada pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.

Berita Berkaitan

Pengguna media sosial diminta lapor akaun palsu

Orang ramai diminta berwaspada dan mengambil tindakan terhadap kewujudan akaun palsu yang berleluasa di...

Dr Mahathir sedia jadi saksi kes saman Mohamed Azmin

Tak perlulah Dey.... orang dah tahu niat sebenar untuk mendapatkan semula pengaruh dan sokongan...

10 pengundi Gombak saman Azmin Ali

Seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Datuk Seri Mohamed...

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...