BANJIR: Najib terkena jangkitan E.coli, pantau bantuan dari rumah

Kongsi:

najib-banjir-jambatan-sultan-yahya

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, terkena jangkitan bakteria E.coli semasa melawat kawasan banjir baru-baru ini dan beliau dinasihatkan doktor supaya berehat, menurut kenyataan Twitter Pejabat Perdana Menteri (@PMOMalaysia) sebentar tadi.

“PM @NajibRazak terkena jangkitan E.coli semasa lawat kawasan banjir. Doktor nasihat supaya berehat. Beliau akan kembali bertugas secepat mungkin,” menurutnya.

Bagaimanapun, Najib dalam tweetnya kemudian menyatakan beliau akan terus memantau operasi bantuan banjir walaupun sedang berehat di rumah.

“Saya akan terus memantau operasi bantuan banjir dari rumah…,” katanya.

E.coli ialah kependekan kepada Escherichia coli, iaitu sejenis bakteria yang umum ditemui dalam usus organisma berdarah panas. Biarpun kebanyakan jenis E.coli tidak berbahaya, ada yang boleh menyebabkan keracunan makanan yang serius kepada manusia.

Kongsi:

Terkini

Sering dibaca

Dari FB Najib Razak

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.