25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2020

BANJIR: PKR Bantah Kerjasama Umno-PAS Bangunkan Kelantan

Ketibaan Najib di Kelantan untuk meninjau keadaan banjir
Ketibaan Najib di Kelantan untuk meninjau keadaan banjir

Hubungan baik antara PAS dan Umno dalam membantu rakyat Kelantan yang terjejas teruk akibat bencana banjir yang melanda negeri itu menimbulkan keresahan di kalangan sekutu Pakatan Rakyat.

Menyifatkan kerjasama membabitkan dua parti politik itu sebagai ‘tidak perlu’, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan mahu pimpinan PAS dan Umno supaya membezakan antara isu politik dan kebajikan rakyat.

Malah Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir turut mengingatkan kepimpinan PAS supaya tidak terjerat dengan mainan politik Umno.

“Sekarang bukan masanya nak bercakap tentang soal politik, fokus kepada soal pembangunan semula Kelantan.

“Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan Pusat untuk bantu kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu bencana alam…jadi tak perlu dikaitkan dengan Umno ataupun PAS,” katanya.

Beliau mengulas mengenai kesediaan PAS dan Umno untuk mengetepikan agenda politik demi membantu rakyat Kelantan yang terjejas teruk akibat banjir yang disifatkan umpama tsunami baru-baru ini.

Kerjasama dua parti politik itu juga telah terjalin melalui penubuhan Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan pada 26 Disember lalu.


Rentetan itu, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan juga menubuhkan Jawatankuasa Bersama Menangani Pasca Banjir bagi memulihkan semula kehidupan rakyat di negeri itu.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz yang ‘tidak senang’ dengan perkembangan itu sebaliknya mendakwa kerajaan Persekutuan seolah-olah tidak ikhlas membantu Kelantan yang kini berada dalam kesusahan.

“Umno dan kerajaan Pusat janganlah nak ugut Kelantan, jangan ambil kesempatan untuk kepentingan politik.

“Kalau nak bantu, jangan sentuh soal politik. Bantu dengan ikhlas,” katanya.

Selain itu, menyentuh mengenai pengurusan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir, Abdul Aziz melahirkan kekecewaan terhadap kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

Menurutnya, kedua-dua kerajaan itu dilihat tidak seiring dalam isu agihan bantuan kepada mangsa banjir khususnya yang hanya tinggal sehelai sepinggang.

Berita Berkaitan

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...