BANJIR: Sarawak Semakin Pulih - pakdin.my

Mangsa dibenar tinggal di pusat pemindahan hingga rumah dibersihkan

Penempatan untuk mangsa fenomena air pasang besar dan hujan lebat di Sekolah SK Tupong, Kuching
Penempatan untuk mangsa fenomena air pasang besar dan hujan lebat di Sekolah SK Tupong, Kuching

Banjir di Sarawak semakin pulih apabila jumlah mangsa di pusat pemindahan semakin berkurangan hari ini.

Hingga jam 4 petang, seramai 3,071 mangsa daripada 866 keluarga masih ditempatkan di 17 pusat pemindahan di seluruh negeri berbanding 5,631 mangsa di 38 pusat pemindahan pada sebelah pagi.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak memaklumkan di Kuching, sebanyak 19 pusat pemindahan sudah ditutup hari ini, menjadikan hanya satu yang masih masih beroperasi dan menempatkan 379 mangsa banjir.

Tujuh pusat pemindahan masih dibuka di Samarahan yang menempatkan 1,270 mangsa, selain enam pusat pemindahan di Limbang menempatkan 1,216 mangsa.

Di Mukah, masih terdapat 83 mangsa di enam pusat pemindahan, manakala 123 mangsa dipindahkan ke pusat penempatan yang baru dibuka di Long Panai, Miri hari ini.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang pada sidang medianya menjelaskan walaupun keadaan banjir semakin pulih, mangsa dibenarkan terus tinggal di pusat pemindahan hingga kediaman mereka dibersihkan.

Katanya, kerajaan negeri memberi kelonggaran itu dan terus menyalurkan bantuan diperlukan, termasuk bekalan makanan dan barang keperluan harian bagi memastikan kebajikan mangsa banjir diberi keutamaan.

“Biarlah mereka membersihkan rumah dahulu sebelum berpindah semula ke kediaman masing-masing. Kita mahu penduduk benar-benar dapat menjalani hidup selesa apabila kembali ke rumah masing-masing.

“Sebab itu, masih ada pusat pemindahan yang dibuka, walaupun keadaan banjir kini pulih dan tiada hujan di kebanyakan tempat,” katanya selepas taklimat perkembangan terkini banjir di Sarawak, di pejabatnya, di sini.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan sebanyak 29 sekolah di negeri ini masih ditutup dengan 28 daripadanya adalah sekolah rendah.

Daripada jumlah itu, 25 sekolah ditutup apabila bangunan dinaiki air manakala empat sekolah lagi terpaksa ditutup apabila jalan dinaiki air.

“Seramai 4,414 pelajar dan 499 guru terjejas susulan penutupan 29 sekolah berkenaan manakala staf sokongan yang terbabit pula 167 orang,” kata jabatan itu.

UTAMABERITABANJIR: Sarawak Semakin Pulih

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium