25.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 25, 2020

BANJIR: UMNO, Pas perlu ketepikan politik – Dr Mohd Zuhdi Marzuki

banjir-kelantan-musnah-2

UMNO dan Pas disaran mengambil langkah berani mengetepikan perbezaan politik bagi membentuk satu jawatankuasa bersama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan bagi merancang pembangunan semula negeri itu selepas bencana banjir.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, jawatankuasa itu boleh dipengerusikan secara bersama oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atau mana-mana menteri kanan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

“Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri tidak semestinya melibatkan penggabungan antara UMNO dengan Pas, seperti yang dibimbangi oleh sesetengah pihak dalam kedua-dua parti itu sendiri.

“Kewujudan dua entiti parti politik berbeza yang mewakili orang Melayu iaitu UMNO dan Pas sememangnya sukar untuk digabungkan ketika ini, tetapi perbezaan itu tidak sewajarnya menjadi halangan kepada Kerajaan Persekutuan yang ditunjangi UMNO dan kerajaan negeri oleh Pas untuk duduk bersama-sama merancang pembangunan semula Kelantan selepas bencana banjir baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan perlu mengambil langkah berani dan berjiwa besar dengan mengetepikan perbezaan politik demi kebajikan seluruh rakyat Kelantan.

“Sekiranya ikhtiar ini berjaya diusahakan, tidak mustahil negeri dan rakyat Kelantan bangkit semula dengan lebih hebat selepas bencana banjir kali ini, sebagaimana kebangkitan rakyat Jepun selepas Perang Dunia Kedua dan penduduk Acheh yang dilanda tsunami besar 10 tahun lalu,” ujarnya.

Tambahnya, kerjasama untuk kepentingan rakyat itu bukan sahaja sesuai dengan semangat persekutuan, malah dituntut dalam ajaran Islam sebagaimana firman Allah SWT pada ayat kedua surah al-Maidah: ‘Bertolong-tolonglah kamu pada perkara kebajikan dan ketakwaan dan janganlah kamu bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan’.

“Hari ini semua pihak bercakap tentang politik baharu, maka ketika rakyat sangat mendambakan kerasionalan pimpinan politik dan situasi selepas bencana banjir ini benar-benar menuntut mereka merealisasikan wajah politik tersebut,” katanya.

Berita Berkaitan

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Lelaki hina agama Islam, ulama ditahan polis

KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang lelaki membuat kenyataan jelek dan menghina beberapa tokoh agama dan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...