Thursday - August 5, 2021 @ 19:25
BERITABANJIR: Van misi bantuan UMNO kemalangan

BANJIR: Van misi bantuan UMNO kemalangan

banjir-van-sukarelawan-pemuda-umno-kemalangan-2

Kemalangan menyebabkan lapan orang termasuk tiga anggota Puteri UMNO Wilayah Persekutuan cedera.

Sebuah van membawa rombongan sukarelawan Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan yang baru pulang daripada misi bantuan mangsa banjir di Pasir Mas, Kelantan terbabas dekat Raub, pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Raub DSP Abdul Rahim Abdul Razak berkata kejadian berlaku di Kilometer 327 Jalan Kuala Lumpur-Kota Baharu dekat Sega pada 4.30 pagi.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki parah manakala tujuh cedera ringan apabila van yang dinaiki 10 sukarelawan termasuk pemandu itu, terbabas akibat hilang kawalan.

Beliau berkata mangsa yang parah, Maizal Ashwad, 42, kini dirawat di Hospital Kuala Lipis manakala tujuh yang cedera ringan termasuk tiga ahli Puteri UMNO menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Raub.

banjir-van-sukarelawan-pemuda-umno-kemalangan

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here