Bank masih untung meskipun beri 6 bulan moratorium pinjaman kata Najib - pakdin.my

Sepanjang pentadbiran BN bagi tempoh 10 tahun lalu, bank-bank di Malaysia diberi ruang bukan sahaja meningkatkan keuntungan, malah turut mengukuh serta memiliki daya ketahanan kewangan semakin tinggi setiap tahun.

Laporan-laporan media terkini yang saya lampirkan di sini memetik penganalisis kewangan dan Bank Negara masih penuh yakin bahawa bank-bank akan terus mencatat keuntungan biarpun negara masih dalam krisis Covid biarpun mereka memberi moratorium pinjaman selama 6 bulan.

Bagi suku kedua tahun 2020 (dari Mei ke Jun), semua bank dalam Malaysia KEKAL mencatat keuntungan walaupun ia dalam tempoh 3 bulan paling sukar di mana bank diarahkan untuk memberi moratorium pinjaman serta operasi bank terganggu akibat tempoh PKP yang paling ketat.

Maybank – RM942 juta (suku sama tahun lepas: RM1.94b)
CIMB – RM277 juta (RM1.51b)
RHB Bank – RM400 juta (RM615 juta)
Public Bank – RM1 bilion (RM1.33b)
Alliance Bank – RM104 juta (RM77 juta)
Hong Leong Bank – RM525 juta (RM469 juta)
Ambank – RM365 juta (RM391 juta)
Affin Bank RM67 juta (RM156 juta)
Bank Islam RM153 juta (RM195 juta)

Sebab itu, saya yakin bahawa semua bank dalam Malaysia mampu melanjutkan moratorium pinjaman secara pukal dan secara automatik sehingga 30 Jun 2021 – sekurang-kurangya bagi semua peminjam B40, M40 dan SME.

Ia juga dapat membantu mengurangkan beban kewangan peminjam selain memberi ruang untuk mereka menggunakan wang dalam tangan bagi perbelanjaan harian.

Namun, peminjam yang mampu membayar sila terus membayar ansuran pinjaman.

 

Sepanjang pentadbiran BN bagi tempoh 10 tahun lalu, bank-bank di Malaysia diberi ruang bukan sahaja meningkatkan…

Posted by Najib Razak on Khamis, 12 November 2020

 

UTAMANAJIB RAZAKBank masih untung meskipun beri 6 bulan moratorium pinjaman kata Najib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium