Bantah RUU Bajet: Antara wira dan pengkhianat - pakdin.my

Rang Undang-undang atau Bills sifatnya adalah sama. Baik RUU Bajet atau lain-lain RUU yang dibentangkan sifatnya tetap sama. Ianya tetap perlu dibahaskan. Semasa perbahasan, wakil rakyat yang digelar legislative dalam sistem demokrasi berparlimen, perlu memberi input, cadangan dan pandangan terhadap RUU yang dibentangkan.

Parlimen bukan mesin cetak yang cetak apa sahaja tanpa perlu diteliti dulu. Paling tidaknya perlu proof reader. Disitu lah letak atau timbulnya pindaan, penambahbaikan dan deletion yg mana sesuai.

Jika RUU itu ada kesilapan, ada yang tertinggal dan kekurangan, tidak salah ianya dipinda dulu.

Sebagai wakil rakyat, suara rakyat di kawasan yang dia wakili mahupun di seluruh Negara perlu dibawa ke Parlimen.

Rakyat di seluruh negara telah menyatakan bahawa RUU Bajet itu perlu pindaan, deletion dan tambahbaik. Ada perkara-perkara yang tidak sepatutnya dimasukkan dalam bajet itu. Tidak perlu sebut contoh kerana pandangan atau pendapat kita berbeza. Ada yang kata peruntukan untuk JASA itu perlu. Ada yang kata tidak perlu. Ada yang kata renovate pejabat itu perlu. Ada yang kata tangguhkan lah dulu.

Disini lah letaknya kebijaksanaan kerajaan yang rakyat harapkan. Kalau kerajaan bijaksana ia akan dengar denyut nadi dan suara rakyat. Kerajaan tidak sepatutnya buta hati dan mata tanpa telinga atau pekak.

Wakil rakyat mesti ada pendirian sendiri bukan membuta tuli membantah atau menyokong. Wakil rakyat tidak sepatutnya jadi komputer yang ada RAM yang canggih tapi bergantung kepada tetikus untuk menggerakkan RAM dan Memory.

Kalau bantah bukan semestinya pengkhianat. Mungkin dia lah penyelamat. Kalau sokong bukan tentu dia wira. Mungkin dia pengkhianat. Apatah lagi kalau sokong itu kerana telah terima rasuah habuan jawatan dan projek. Parah lagi kalau kena ugut.

Wakil yang rakyat pilih jadi YB itu manusia bukan robot.

Selamat mengundi.

UTAMAPOLITIKBantah RUU Bajet: Antara wira dan pengkhianat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium