BAPA ADUN DAP DITANGKAP RASUAH ADALAH MASALAH KELUARGA – KIT SIANG - pakdin.my

bapa-adun-dap-rasuah.jpg

GEORGE TOWN – Bapa seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan dakwaan kes rasuah untuk mendapatkan rumah mampu milik di negeri ini.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Abd Aziz Aban berkata selepas menemu bual lelaki berkenaan, SPRM telah menahannya pada jam lebih kurang 10.30 malam tadi.

“Kami telah menahan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan dibawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 selepas membuat siasatan ke rumahnya pada lewat petang tadi,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, setakat ini, SPRM telah mengambil keterangan lapan individu tidak termasuk pesara berkenaan, bagi membantu siasatan kes itu.

Difahamkan, ADUN berkenaan akan hadir ke pejabat SPRM esok pagi untuk direkod keterangan berhubung dakwaan tersebut.

Terdahulu, pesara berusia 68 tahun itu hadir ke pejabat SRPM di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pada jam kira-kira 12.50 tengah hari tadi bersama-sama anak lelakinya dan seorang peguam untuk lengkapkan siasatan berhubung dakwaan itu.

Isu urusan ‘rasuah untuk rumah’ itu terbongkar Isnin lepas, apabila Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong mendedahkan klip video yang memaparkan rakaman perbincangan mengenai pembayaran untuk mendapatkan rumah kerajaan negeri.

UTAMAPOLITIKBAPA ADUN DAP DITANGKAP RASUAH ADALAH MASALAH KELUARGA - KIT SIANG

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium