Sunday - July 25, 2021 @ 16:37
BERITANASIONALBapa Dakwa Anak Gadis Dilarikan Oleh Kenalan Lelaki Melalui Facebook

Bapa Dakwa Anak Gadis Dilarikan Oleh Kenalan Lelaki Melalui Facebook

Roslan Ahmad Hadzrawi, 39, menunjukkan gambar anak beliau Nur Hidayah, 16, yang dipercayai dilarikan oleh seorang lelaki yang dikenali melalui laman sosial Facebook sejak seminggu lepas dalam satu sidang akhbar di Wangsa Maju

Roslan Ahmad Hadzrawi, 39, dan isteri, Zarina Zubir, 40, menunjukkan gambar anak beliau Nur Hidayah, 16, yang dipercayai dilarikan oleh seorang lelaki yang dikenali melalui laman sosial Facebook sejak seminggu lepas dan salinan laporan polis yang dibuat di dalam satu sidang akhbar di Wangsa Maju

KUALA LUMPUR  – Seorang bapa mendakwa anak gadisnya yang berumur 16 tahun dilarikan oleh seorang lelaki yang dikenali melalui laman sosial Facebook sejak seminggu lepas.

Roslan Ahmad Hadzrawi, 39, dari Wangsa Maju di sini mendakwa anaknya Nur Hidayah hilang sejak 1 Dis lalu dipercayai dilarikan oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Mat, 19, selepas keluar makan bersama lelaki itu di sebuah pusat membeli belah di Wangsa Maju.

Roslan juga mendakwa anaknya yang lebih mesra dipanggil Dayah turut ditipu kira-kira RM1,200 ekoran kerap mengeluarkan wang dari akaunnya bagi menanggung perbelanjaan sewa rumah dan baik pulih motosikal milik Mat.

“Saya mendapat tahu Dayah sering memberi wang kepada Mat selepas membaca mesej berbaur pujukan oleh Mat kepada Dayah di dalam akaun Facebook Dayah,” katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Roslan berkata beliau yakin Dayah bukan melarikan diri kerana dokumen peribadinya termasuk kad pengenalan dan kad Mesin Pengeluar Wang Automatik (ATM) tidak dibawa dan anaknya itu hanya membawa wang poket RM100.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here