Statistik Corona

Malaysia
2,127,934
Confirmed
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm
Malaysia
1,897,383
Recovered
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm
Malaysia
206,473
Active
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm
Malaysia
24,078
Deaths
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm

Malaysia

Malaysia
2,127,934
Confirmed
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm
Malaysia
1,897,383
Recovered
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm
Malaysia
24,078
Deaths
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm

Indonesia

Indonesia
4,195,958
Confirmed
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm
Indonesia
4,002,706
Recovered
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm
Indonesia
140,805
Deaths
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm

Thailand

Thailand
1,500,105
Confirmed
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm
Thailand
1,352,838
Recovered
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm
Thailand
15,612
Deaths
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm

Global

All countries
230,231,346
Confirmed
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm
All countries
205,234,838
Recovered
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm
All countries
4,720,846
Deaths
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm

Bapa Kelar Anak Direman Sehingga Khamis

bapa kelar dan bunuh anak

Bapa yang mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Bandar Baru Bangi, Kajang pada Khamis, ditahan remanseminggu bermula Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar ketika dihubungi Bernama berkata, suspek berusia 44 tahun itu ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

“Keadaan dua anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun (kini dirawat di Hospital Kajang) yang mengalami kecederaan di tengkuk dan tangan dilaporkan stabil,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 4.15 petang semalam, suspek yang menganggur sejak dua tahun lepas mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi.

Susulan kejadian itu, polis menemui lelaki itu dalam keadaan murung, basah dan cedera di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira 6 petang.

 

Budak Perempuan Tujuh Tahun Mati Dikelar Bapa Kandung

Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi di sini, Khamis.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata dalam kejadian 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari.

“Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun dapat menyelamatkan diri daripada bapa mereka, yang bersenjatakan sebilah parang dalam kejadian itu.

Menurutnya anak perempuannya berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah teres dua tingkat itu.

“Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia terus menjerit dan memanggil abangnya yang berada di tingkat atas.

“Abangnya meluru keluar dari bilik dan melihat keadaan di tingkat bawah lalu meminta adiknya itu segera berlari ke tingkat atas dan bersembunyi di dalam bilik sebelum dia menghubungi polis,” katanya.

Abd Rahim berkata ketika tiba, polis mendapati dua anaknya yang cedera berada di ruang tamu dan segera membawa mereka ke Hospital Kajang dekat sini untuk rawatan.

Polis menjumpai mayat anak perempuannya yang dikelar di leher, di bilik tingkat bawah rumah itu;

“Mayatnya dihantar ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat,” katanya.

Menurutnya semasa kejadian itu, ibu mangsa berada di tempat kerjanya di Cyberjaya.

Susulan kejadian itu, polis mencari lelaki berusia 44 tahun itu dan menemuinya di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira 6 petang.

“Suspek dijumpai dalam keadaan murung, basah dan cedera di kepalanya. Polis percaya suspek telah terjun ke dalam sungai tetapi naik ke tebing kemudian,” katanya.

Abd Rahim berkata polis turut merampas sebilah parang daripada lelaki itu.

Lelaki itu yang menganggur sejak dua tahun lepas, tidak mempunyai rekod jenayah dan mungkin mengalami masalah mental, katanya.

Berkaitan