Bapa mohon bantuan cari Nurul Wafiqah - pakdin.my

Seorang bapa merayu bantuan orang ramai untuk mengesan dan mencari anak gadisnya yang hilang pada Selasa lalu.

Mohd. Haider Mohd. Shafie, 48, berkata, anaknya, Nurul Wafiqah, 15, dikatakan hilang selepas keluar dari Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin, Klang pada pukul 3.30 petang dan kejadian itu dimaklumkan kepadanya pada keesokan harinya.

Menurutnya, pelbagai usaha telah dilakukan oleh beliau dan keluarga untuk mencari anaknya yang menginap di asrama sekolah tersebut.

“Malah saya juga telah membuat laporan polis berhubung kehilangan anak bongsu dari enam adik beradik itu pada Rabu lalu.

“Sehingga kini usaha mencarinya masih lagi berjalan. Namun tiada petunjuk yang baharu diterima,” katanya ketika dihubungi.

Jelas Mohd. Haider, beliau sekeluarga agak gusar dengan keselamatan anaknya itu apatah lagi Nurul Wafiqah akan menduduki peperiksaan PT3 tidak lama lagi.

Ujarnya, setakat ini tiada perkembangan terbaharu mengenai kehilangan anaknya selain panggilan telefon daripada Nurul Wafiqah sendiri.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang berjumpa atau melihat anaknya agar dapat menghubunginya di talian 019-6119269, 019-2465643 atau 018-3997411.

 20161008-Nurul-Wafiqah-Haider-hilang

UTAMABERITABapa mohon bantuan cari Nurul Wafiqah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium