25.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 24, 2020

Bapa penumpang #MH370 kerugian RM10,000 rumah dipecah masuk

Ibu tiri kepada salah seorang penumpang pesawat MH370 Rosila Abu Samah, 50, menunjukkan keadaan rumahnya yang berselerak selepas dimasuki perompak di Felda Bukit Mendi, dekat Bera.
Ibu tiri kepada salah seorang penumpang pesawat MH370 Rosila Abu Samah, 50, menunjukkan keadaan rumahnya yang berselerak selepas dimasuki perompak di Felda Bukit Mendi, dekat Bera.

BERA: Belum reda dengan kesedihan berikutan kehilangan anaknya Mohd. Khairul Amri dalam tragedi MH370, Selamat Omar, sekali lagi diuji apabila rumahnya di Felda Bukit Mendi, di sini dipecah masuk dua lelaki bersenjatakan parang awal pagi ini.

Bagaimanapun semasa kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, Selamat, 60 tidak ada di rumah kerana menginap di sebuah hotel ibu negara bagi menunggu perkembangan misi mencari pesawat itu yang hilang sejak 8 Mac lepas.

Hanya isterinya Rosila Abu Samah, 50, dan anaknya Kaiyisah Adibah, 8, yang baru pulang dari ibu negara petang Ahad lepas berada di rumah ketika kejadian.

Selamat Omar
Selamat Omar

Menurut Rosila, semasa kejadian dia dan anaknya sedang tidur di salah sebuah bilik dan tersedar apabila lampu tiba-tiba terpasang.

“Saya tersedar dan terpandang dua lelaki bertopeng berdiri di sebelah katil meminta saya supaya jangan berbuat bising dan mengikut apa yang diarahkan sambil mengacukan parang ke arah saya.

“Mereka meminta saya menanggalkan barangan kemas saya seperti gelang dan subang selain bertanyakan di mana saya menyimpan wang. Disebabkan khuatir diapa-apakan, saya hanya menyerahkan barangan kemas saya serta menunjukkan di mana saya menyimpan wang dan alhamdulillah saya serta anak tidak diapa-apakan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.


Menurutnya dua lelaki berkenaan yang turut bersenjatakan pemotong besi dipercayai warga Indonesia berdasarkan pertuturannya.

Katanya, kedua-dua penjenayah itu yang memecah masuk melalui tingkap biliknya itu menggeledah rumahnya hampir setengah jam dan turut melarikan beg tangannya yang mengandungi kad pengenalan dan kad bank.

Berikutan kejadian itu, beliau mengalami kerugian wang tunai RM3,000, barang kemas bernilai RM5,000 dan dua buah telefon bimbit dan bersyukur penjenayah itu tidak melarikan pasport dia, anak perempuan dan suaminya.

“Saya merayu kepada mereka janganlah ambil pasport tersebut sebab anak tiri saya mangsa tragedi pesawat MH730 dan saya amat memerlukan pasport berkenaan untuk ke Australia jika ada apa-apa perkembangan terbaru. Alhamdulillah, mereka meletakkan semula pasport tersebut,” katanya.

Rosila berkata setelah penjenayah terbabit keluar, dia segera ke rumah jirannya bagi mendapatkan bantuan sebelum melaporkan kejadian itu di Balai Polis Mengkuang.

Sementara itu, Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani ketika dihubungi Bernama berkata kes sedang disiasat dan polis sedang memburu penjenayah itu.

Berita Berkaitan

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Lelaki hina agama Islam, ulama ditahan polis

KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang lelaki membuat kenyataan jelek dan menghina beberapa tokoh agama dan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...