Statistik Corona

Malaysia
2,369,613
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
2,240,345
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
101,587
Active
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
27,681
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,232,099
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
4,069,399
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
142,848
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Thailand

Thailand
1,751,704
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
1,625,750
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
18,029
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Global

All countries
240,188,856
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
215,765,598
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
4,893,161
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Array

Bapa rayu bantu cari anak perempuan hilang

Wan Syazlin Wan Zainuddin hilang

DUNGUN: Seorang pesara kerajaan merayu anak perempuannya, Wan Syazlin Wan Zainuddin, 19, yang menghilangkan diri dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan sejak 5 Februari lalu, supaya segera pulang ke pangkuan keluarga.

Wan Zainuddin Wan Isa, 56, dari Kampung Telaga Mas, Paka, berkata anak keempat daripada tujuh beradik itu sepatutnya pulang ke rumah pada 7 Februari setelah dibenarkan cuti selama 10 hari bermula 4 Februari sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

“Kali terakhir saya menghubungi anak saya pada 4 Februari…saya tanya, bila nak balik, dia cakap nak balik rumah menaiki bas pada 7 Februari… pada hari itu (7 Februari), saya tunggu tetapi dia tak muncul-muncul hingga ke malam.

“Saya cuba menghubunginya, namun tidak dapat dan saya lihat kali terakhir aplikasi WhatsApp Syazlin aktif adalah pada 6 Februari,” katanya.

Wan Zainuddin percaya Syazlin sudah meninggalkan POLISAS pada petang 5 Februari, berdasarkan rekod buku catatan keluar masuk politeknik berkenaan.

“Saya suruh abangnya cari dia di POLISAS dan berdasarkan rekod buku catatan, Syazlin sudah tinggalkan POLISAS pada petang Jumaat (5 Februari). Apabila tanya kawannya, mereka beritahu kali terakhir Syazlin dilihat di perhentian bas berdekatan pada Jumaat.

“Pelbagai cara sudah saya lakukan untuk menjejaki anak saya termasuk meminta bantuan rakannya, namun sehingga kini belum berhasil dan laporan polis juga sudah dibuat pada 8 Februari di Balai Polis Paka,” katanya.

Wan Zainuddin yang risau keselamatan anaknya, merayu kepada orang ramai untuk membantu mencari Syazlin.

“Saya merayu kepada sesiapa yang melihat Syazlin supaya menghubungi saya di talian 013 9337670. Saya berharap sangat anak saya pulang dalam keadaan selamat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub, mengesahkan menerima laporan berhubung kes berkenaan.

“Laporan itu telah dibawa ke Kuantan untuk tindakan dan siasatan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan kerana kes berlaku di sana,” katanya.

Berkaitan