Barisan Pemuda PAS dimonopoli kumpulan pro-ulama - pakdin.my

muktamar-pemuda-pas-nik-abduh

Seperti yang sudah dijangka, kumpulan Pro-Ulama menyapu bersih hampir kesemua jawatan dalam sayap Pemuda PAS apabila mereka memenangi hampir kesemua jawatan yang dipertandingkan termasuk ketua, timbalan ketua, naib ketua dan exco.

Bagi jawatan Ketua Pemuda, Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz mendapat 429 undi berbanding penyandangnya Suhaizan Kaiat yang hanya mendapat 262 undi dan ia sekaligus menyaksikan Suhaizan gagal mempertahankan kedudukannya.

Nik Abduh, anak kepada bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dipilih oleh perwakilan untuk menjawat jawatan itu dalam pemilihan parti tahun ini.

Manakala bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS, seorang lagi ‘anak Tok Guru’, Mohd Khalil Abdul Hadi Awang berjaya mempertahankan jawatannya, mengenepikan bekas Ketua Pemuda PAS Perak Raja Ahmad Iskandar Al- Hiss Raja Yaacob yang mencabarnya buat kali kedua.

Mohd Khalil yang juga ketua Pemuda PAS Marang merupakan anak presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohd Khalil mendapat 435 undi berbanding Raja Ahmad 257 undi.

Situasi sama berlaku di posisi nombor tiga sayap apabila penyandang Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Ir Khairil Nizam Khirudin dicabar sekali lagi oleh musuh lamanya daripada kumpulan profesional iaitu Nor Azman Mohamad.

Sekali lagi, jawatan ini berjaya dipertahankan dengan jumlah undi sebanyak 458 berbanding Nor Azman 235 undi.

Pengumuman keputusan dilakukan pada pukul 6.20 petang selepas proses pengundian bermula pada pukul 9.55 pagi dan berakhir pada pukul 12.35 tengahari.

Dalam pemilihan kali ini, seramai 738 perwakilan bertanggungjawab membuang undi bagi pemilihan ketua Pemuda PAS.

Dalam pemilihan sayap pada 2013, Suhaizan menang tipis dengan majoriti 12 undi ke atas pencabarnya, Kamaruzzaman Mohamad daripada kumpulan pro-ulama.

Berikut adalah senarai penuh barisan kepimpinan Dewan Pemuda PAS 2015:

Pengerusi Tetap :
Kamal Ashaari – 491 undi

Timbalan Pengerusi Tetap :
Dr Riduan Mohd Noor – 486 undi

Ketua Pemuda :
Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz – 429 undi

Timbalan Ketua Pemuda :
Mohd Khalil Abdul Hadi – 435 undi

Naib Ketua Pemuda :
Ir Haji Khairil Nizam Khirudin – 458 undi

AJK
1. Afnan Hamimi Taib Azamudden – 430 undi
2. Ahmad Fadhli Shaari – 447 undi
3. Hishamudin Abdul Karim – 432 undi
4. Izwan Abdul Halim – 355 undi
5. Mohd Azam Abd Samat – 409 undi
6. Mohd Hafez Sabri – 386 undi
7. Mohd Zawawi Abu Hassan – 402 undi
8. Ir Haji Muhtar Suhaili – 362 undi
9. Nurul Islam Mohamed Yusoff – 377 undi
10. Syahir Che Sulaiman – 409 undi
11. Syarhan Humaizi Abdul Halim – 406 undi
12. Syed Abdul Kadir Al Joofree – 399 undi

UTAMAPOLITIKBarisan Pemuda PAS dimonopoli kumpulan pro-ulama

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium