Bas berpusing sebelum terbabas dk KM436 berhampiran hentian Rawang arah Selatan - pakdin.my

Penumpang dakwa pemandu bas tertidur sebelum terbabas
bas-terbalik-rawang

Rawang: Sembilan cedera selepas bas ekspres yang dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur terjatuh ke gaung di Kilometer 436 Lebuhraya PLUS dekat Jambatan Sungai Buaya di sini, 6.40 pagi tadi.

Bas yang dipercayai membawa tujuh penumpang itu dilaporkan terbabas dan merempuh besi penghadang jambatan sebelum terjunam dan terbalik ke gaung sedalam lima meter.

Pegawai Operasi Bomba Op Selamat Raya Haizad Morah Abas berkata, bomba menerima panggilan pada 6.44 pagi dan tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian.

“Sampai di lokasi terdapat seorang lelaki dipercayai pemandu kedua bas ekspres berkenaan sudah ada di luar bas dan memaklumkan terdapat seorang penumpang tersepit.

“Seorang wanita berusia 66 tahun terperangkap dan berjaya dibawa keluar sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh,” katanya.


Penumpang dakwa pemandu bas tertidur sebelum terbabas

 

SEBUAH bas ekspres terhumban ke lereng bukit di Kilometer 436 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Hentian Sebelah Rawang, jam 6.30 pagi tadi.

SUNGAI BULOH: “Saya cuba kejutkan mak kerana mulut dia berbuih tetapi dia tetap tak sedarkan diri,” kata Mashita Mohammad Noor.

Mashita, 47, yang turut terbabit dalam kemalangan jam 6.30 pagi itu tadi mendakwa pemandu bas berkenaan tertidur, selain memandu laju sebelum terbabas.

Beliau dan ibunya, Mahherine Mohd Ali, 66, menaiki bas berkenaan dari Sungai Nibong, Pulau Pinang sebelum terbabit dalam kemalangan di Kilometer 436 berhampiran Hentian Sebelah Rawang.

MASHITA menceritakan saat cemas beliau menyelamatkan ibunya yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 436 berhampiran Hentian Sebelah Rawang, pagi tadi.

Mashita berkata, hatinya mula tidak tenteram ketika diarahkan untuk menukar bas lain di Sungai Nibong, kononnya bas dinaiki itu sudah penuh dengan penumpang.

“Kira-kira lima minit sebelum terbabas, bas sudah melelong ke kiri dan kanan. Masa itu, saya memang istighfar harap tiada yang buruk berlaku.

“Malangnya, bas terjunam ke kiri jalan dan saya tersepit di kerusi bersebelahan tingkap. Saya cuba pecahkan tingkap menggunakan kayu dalam bas selepas gagal kejutkan mak.

“Masa nak selamatkan diri, ada penumpang lain yang menjerit minta tolong tapi saya tak berdaya kerana rasa sesak nafas,” katanya.

Mashita yang mengalami cedera ringan di kaki dan tangan berkata, ibunya menghidap sakit jantung, darah tinggi serta kencing manis.


Bas berpusing sebelum terbabas

SAQIB adalah antara mangsa dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres di kilometer 436 berhampiran Hentian Sebelah di Rawang.

SUNGAI BULOH: “Saya terdengar jeritan daripada seorang wanita sebelum menyedari leher dan badan saya berlumuran darah,” kata Muhammad Saqib Shafiullah, 20.

Saqib, seorang warga Pakistan adalah antara mangsa dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres di kilometer 436 berhampiran Hentian Sebelah Rawang.

Katanya, ketika kejadian pada jam 6.30 pagi itu, dia sedang tidur sebelum terjaga apabila menyedari bas dinaikinya berpusing dan terbabas.

Dia menaiki bas berkenaan untuk pulang ke Kuala Lumpur selepas pergi berjumpa kawannya yang berada di Pulau Pinang.

“Saya mendengar seorang wanita menangis kerana ibunya juga berada dalam bas itu, sebelum ternampak seorang lelaki muda sedang menangis.

“Ketika itu, baru saya tersedar bas dinaiki terbabas dan berasa sakit di bahagian kepala serta terlihat banyak darah di bahagian leher dan badan.

“Sebaik keluar daripada bas itu melalui tingkap, saya hulurkan telefon bimbit saya kepada wanita dan lelaki itu supaya mereka dapat hubungi ahli keluarga masing-masing.

“Saya juga menghubungi saudara saya di Pakistan memaklumkan keadaan saya supaya mereka tidak bimbang,” katanya.

Saqib yang cedera di bahagian kepala dan pipi, berkata dia kemudian menaiki ambulans ke Hospital Sungai Buloh dan dibenarkan keluar selepas menerima rawatan.

UTAMABERITABas berpusing sebelum terbabas dk KM436 berhampiran hentian Rawang arah Selatan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium