BAS EKSPRES DIPERCAYAI DIPANDU LAJU – MENGORBANKAN 14 NYAWA - pakdin.my

MUAR: Bas dipandu terlalu laju dipercayai punca nahas mengorbankan 14 nyawa dalam kemalangan maut di Kilometer 137.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Kampung Jayor dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob, berkata siasatan awal mendapati nahas jam 3.45 pagi itu tidak membabitkan kenderaan lain.

“Hasil siasatan awal, kami percaya bas ekspres Alisan Golden Coach dari JB Sentral ke Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur, itu terbabas ke kiri jalan dan mempunyai kesan tayar pada tanah sejauh 150 meter tanpa kesan brek.

“Ia kemudian melambung dan terjunam ke dalam gaung sedalam hampir 10 meter sebelum terhenti apabila bahagian depan bas merempuh terowong konkrit di Kampung Jayor.

“Akibat hentakan kuat itu, 12 daripada 30 penumpang serta pemandu bas berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang penumpang meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini.

“Semua yang maut adalah penumpang yang duduk di bahagian hadapan bas berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, di sini, sebentar tadi.

Azman berkata, seramai enam lelaki dan lapan wanita termasuk seorang kanak-kanak maut, manakala baki 16 penumpang cedera parah dan ringan dikejarkan ke HPSF untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Katanya, lebih 50 pasukan keselamatan dikejarkan ke lokasi membabitkan polis; bomba dan penyelamat; Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta petugas hospital dan operasi menyelamat tamat pada jam 7.30 pagi.

Beliau berkata, polis cuba menghubungi pengurusan bas ekspres berkenaan namun belum mendapat jawapan.

“Semua identiti mangsa yang maut belum dikenal pasti, manakala mangsa yang cedera terdiri daripada tujuh lelaki tempatan; lima lelaki Singapura; dua lelaki Myanmar; seorang wanita Singapura dan seorang wanita belum diketahui identiti.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987,” katanya.

Senarai mangsa cedera dan kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar.

1) Muhammad Hilmi (Singapura)
2) Mustafa Yasin (Singapura)
3) Muhamad Juhaify (Malaysia)
4) Muhammad Syafiq (Malaysia)
5) Zaw Oo (Myanmar)
6) Mohamed Taufik (Malaysia)
7) Alifah Mohd Said (Singapura)
8) Cyril Joseph (Malaysia)
9) R. Nagadevan (Malaysia)
10) Mohd Syed (Singapura)
11) Ral Za Uk (Myanmar)
12) Kesavan (Malaysia)
13) Govinda Raj (Singapura)
14) Muhammad Abdullah (Malaysia)
15) Muhammad Fitri (Singapura)
16) Seorang lagi yang identiti masih belum dikenal pasti

———–

BAS TERBABAS 150 METER SEBELUM TERJUNAM

MUAR – Bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 137.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara pagi tadi, dipercayai dipandu laju sebelum terbabas sehingga 150 meter.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, bas tersebut bertolak dari Stesen Bas Larkin, Johor Bahru ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur pada pukul 2 pagi tadi.

“Ketika tiba di tempat kejadian, bas itu dipercayai terbabas ke kiri jalan dan mempunyai kesan tayar pada tanah sejauh 150 meter.

“Bas itu turut melambung melepasi kabel elektrik sebelum terjunam sedalam kira-kira 10 meter dan terhenti apabila bahagian depan bas merempuh terowong konkrit di Kampung Jayor, Pagoh,” katanya dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi.

20161224-bas-alisan-kemalangan-muar-2

20161224-bas-alisan-kemalangan-muar-5

20161224-bas-alisan-kemalangan-muar-4

20161224-bas-alisan-kemalangan-muar-1

20161224-bas-alisan-kemalangan-muar-3

UTAMABERITABAS EKSPRES DIPERCAYAI DIPANDU LAJU - MENGORBANKAN 14 NYAWA

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium