Bas Jelajah Merdeka Anwar kena simbah cat merah - pakdin.my

Akibat banyak sangat janji ditaburi

AGENDADAILY – Kerja-kerja khianat macam ini siapa pun boleh buat.Orang itu boleh menyamar macam ini dan orang ini boleh menyamar macam itu.

Jadi jangan nak main hentam tuduh-tuduh untuk mendapat markah politik.

Awal pagi Sabtu bos pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim bagitau menerusi twitternya bahawa bas dua tingkat yang digunanya untuk program Jelajah Merdekanya kena pecah cermin dan dicat merah di Kota Bharu jam 5 pagi.

Dalam pada itu bunyi ayat dari twitter pimpinan  PKR lain bunyi macam nak tuduh ini semua kerja orang BN.

Ini mesej twitter Saifuddin Nasution,Setiausaha Agung PKR ….saifnasution: Pabila bhujah dgn akal x mampu mrk buat, maka serangan ganas dilakukan ..

Juga katanya lagi di twitter : saifnasution : Sambutan luarbiasa jelajah mdeka rakyat di bentong,benta,gua musang,kkrai,machang dan tmerah gentarkn lawan,walhasil bas dipecahkn!!!

Ahli Parlimen PKR Kuantan,Fuziah Salleh pula  kata – fuziah99 : Bas Kempen Jelajah #merdekarakyat telah diserang& dipecahkn awal pagi tadi. Takutnya kpd PR sehingga bas pun diserang..

Ewah…steadylah bro.

Boleh ke sahkan itu kerja orang BN macam kes video seks yang disahkan 99.9 peratus tulen tu.

Cara yang terbaik minta polis siasat untuk pastikan apa ceritanya.

Jangan main tuduh orang BN buat…apa kata nak orang pula tuduh kamu sendiri bikin sendiri nak buah riuh.

Dalam senario politik sekarang macam-macam cara boleh kasi orang marah.

Jadi kalau tuduh orang BN buat kerja ini tentu markah politik pembangkang naik.

Ini cara sebelum perang Jepun pun orang sudah tau.

Kalau nak buat lawak…taktik pecah cermin dan simbah cat merah ini biasanya dibuat oleh geng Ah Long bila orang tidak bayar hutang.

UTAMABERITABas Jelajah Merdeka Anwar kena simbah cat merah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium