BASPEL Cadang Subsidi Untuk Pengguna Beli Tiket Bas - pakdin.my

Baspel Cadang Subsidi  Beli Tiket Bas

Persatuan Pemandu Bas Pelancong Satu Malaysia, Baspel mencadangkan agar kerajaan memberi subsidi untuk pembelian tiket bas pengguna menjelang Aidilfitri.

Presidennya, Nor Aizam Abd Kadir berkata ia sebagai langkah timbal balik sekiranya kenaikan tambang bas tidak dapat diumumkan melalui keputusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat SPAD dalam masa yang terdekat.

Nor Aizam mengulas cadangan kenaikan tambang yang diusulkan oleh Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia PMBOA, Khamis lalu.

Baginya, kenaikan 30 peratus tambang bas adalah sangat tinggi dan akan membebankan pengguna.

Justeru, cadangan pemberian subsidi oleh kerajaan adalah sangat ideal sepertimana diskaun tol yang dilakukan pihak Plus ketika musim perayaan.

Dalam pada itu, Baspel turut mengusulkan agar kerajaan menitikberatkan kebajikan pemandu bas di negara ini.

Ia ekoran golongan berkenaan dilihat kurang mendapat perhatian jika dibandingkan dengan sektor perkhidmatan pengangkutan awam lain.

UTAMABERITABASPEL Cadang Subsidi Untuk Pengguna Beli Tiket Bas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium