25.7 C
Kuala Lumpur
Monday, January 18, 2021

BEERSIH 2.0 – Batal perhimpunan dulu…baru mohon nak mengadap Yang Dipertuan Agong

AGENDADAILY – Sejak zaman bila ada pihak boleh memberi ‘kata dua’ kepada Yang Dipertuan Agong.

Itu anggapan banyak pihak pada kenyataan Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga yang mahu mengadap Seri Paduka dan hanya akan membatalkan rancangan perhimpunan haram jika dititahkan demikian.

Agendadaily banyak menerima panggilan dari kalangan pembaca yang menilai Ambiga ‘sudah terlebih melampau’.

Bagi kebanyakan mereka titah khas Yang Dipertuan Agong yang dikeluarkan Ahad adalah jelas bermaksud…batalkan perhimpunan haram itu.

“Ambiga tak reti bahasa ke atau nak nak tunjuk lagak ?” kata Mohamed Azrul dari Perak.

Hamid Mat Som dari Seremban seumur hidupnya belum pernah dengar orang yang berani cakap begini.

“Ini belum mereka perintah negara…” katanya dengan nada geram.

Amri Adnan dari Pahang berharap pihak Istana Negara tidak melayan permohonan Bersih nak mengadap selagi ia tidak mengeluarkan terlebih dahulu kenyataan membatalkan perhimpunan 9 Julai.


“ Tengok-tengoklah sikit you nak cakap pada siapa…belajar hormat sikit,”ujarnya.

Normah Zainuddin dari Terengganu bertanya siapa yang backing habis Ambiga hingga beliau berani bersikap begitu.

Beliau berharap episod yang jelek ini akan membuka mata khususnya orang Melayu terhadap tindak tanduk mereka yang dianggapnya sebagai macam ‘ kaduk naik junjung ‘ ini.

Sementara itu ketika berucap pada majlis Jamuan Perdana Kenduri 1Malaysia Rakyat Berbilang Kaum Negeri Melaka di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Machap Baru,dekat Alor gajah semalam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyuarakan pandangan beliau tentang hal ini.

Beliau sendiri menggesa Ambiga supaya membatalkan terlebih dahulu rancangan perhimpunan haram itu sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

“Dengar katanya dia nak menghadap Yang di-Pertuan Agong, Saya fikir elok dibatalkan dulu sebelum menghadap.

“Nanti tak tau apa yang disembah, nanti jadi sembah derhaka pula,”katanya.

Ambiga Isnin dilaporkan berkata beliau bersedia membatalkan perhimpunan  haram itu sekiranya dititahkan demikian oleh Tuanku Mizan.

Bagaimanapun, beliau berkata sebarang keputusan akan dibuat selepas mereka diberi perkenan untuk menghadap Seri Paduka Baginda dan beliau berharap ia akan  dapat diadakan secepat mungkin.

Turut sama mempersoalkan sikap Ambiga itu ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam.

Beliau menyifatkannya sebagai biadap dan kurang ajar.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali pula menggangap cara Ambiga melanggar adat resam orang Melayu.

Katanya ia juga boleh merendahkan martabat Yang Dipertuan Agong.

Beliau bimbang ada pihak lain yang nak buat perhimpunan haram ikut cara begini minta nak mengadap.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Rizalman Mokthar menegaskan Ambiga tidak wajar mengheret Yang Dipertuan Agong dalam membuat keputusan mengenai rancangannya hendak mengadakan perhimpunan haram.

Katanya segalanya kini patut terletak atas bahu bersih sendiri memutuskannya setelah Seri Paduka Baginda mengeluarkan titah khas Ahad.-5/7/2011

 


Bersih nak mohon mengadap Yang Dipertuan Agong…sedia batal perhimpunan haram

Titah Yang Dipertuan Agong mengenai perhimpunan haram 9 Julai telah menyentap riak penganjur Bersih yang sebelum ini terus tunjuk degil hendak teruskan juga perhimpunan haram 9 Julai sekalipun diberi amaran berkali-kali oleh polis.


Pengerusinya Datuk Ambiga Sreenavasan beritahu satu sidang akhbar tengahari Isnin mereka hendak memohon mengadap Seri Paduka sebelum Sabtu ini dan akan membatalkan rancangan itu jika dititah demikian.

Katanya keputusan berkenaan dibuat dalam mesyuarat tergempar malam tadi tidak lama selepas Yang Dipertuan Agong mengeluarkan titah khas mengenainya.

Menurut Ambiga mereka akan hantar permohonan untuk mengadap hari ini.

Timbalan Presiden PAS Mat Sabu kata setakat ini mereka belum terima arahan dari Bersih.Katanya dalam sidang akhbar pihaknya sedia patuh jika penganjur Bersih memutuskan membatalkan perhimpunan itu.

Dalam pada itu Pemuda UMNO  dan Kelab Putra 1Malaysia telah memutuskan untuk membatalkan Himpunan Patriot, iaitu perhimpunan untuk membantah perhimpunan haram 9 Julai bagi menghormati titah Yang di-Pertuan Agong.

Naib Ketua Pemuda UMNO Datuk Razali Ibrahim memberitahu wartawan di lobi Parlimen keputusan itu dicapai sebulat suara berdasarkan sokongan dan maklum balas anggota pergerakan demi menjaga keselamatan serta keharmonian negara.

“Saya memandang serius nasihat titah yang disebut Tuanku semalam dan bersedia untuk berbincang dengan rakan-rakan Patriot agar tidak meneruskan hasrat atas junjung kasih dan nasihat Tuanku demi memelihara kedaulatan undang-undang dan perlembangan yang menjadi benteng utama,” katanya.- 4/7/2011

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.