Bau misteri lepas hujan, penduduk sesak nafas, muntah – Pencemaran toksik Pasir Gudang berulang

Belum pun lega daripada krisis pencemaran kimia di Sungai Kim Kim pada Mac lepas, penduduk Pasir Gudang diuji lagi dengan insiden pencemaran udara sejak 20 Jun lepas yang sehingga kini belum diketahui puncanya.

Berdasar aduan mangsa, bau busuk yang melampau menyebabkan mereka mengalami simptom sesak nafas dan muntah, dan aduan itu ada asasnya apabila bau itu turut menangkap hidung wartawan dan jurugambar Bernama yang membuat tinjauan di beberapa kawasan terjejas.

Bau busuk dan tengik semakin kuat semasa cuaca gerimis ketika Bernama berada di beberapa kawasan perumahan seperti Taman Mawar, Taman Pasir Gudang dan Taman Bukit Dahlia yang tidak jauh dari Sekolah Agama Taman Mawar, iaitu sekolah pertama yang terjejas dalam insiden hampir 10 hari lalu.

Malah bau itu dapat dihidu sebaik memasuki kawasan terlibat walaupun berada dalam kereta dengan pendingin hawa, sehingga kedua-dua petugas mengalami rasa pening serta sukar untuk bernafas.

Apa yang dilalui petugas Bernama itu turut diakui beberapa penduduk yang menyifatkan bauan itu bukan sahaja tidak menyenangkan, tetapi juga membimbangkan.

Malah, bau yang disifatkan penduduk sebagai ‘pelik’ itu semakin kuat pada waktu malam dan selepas hujan dan telah menyelubungi kehidupan harian mereka sejak insiden pencemaran bahan kimia Sungai Kim Kim Mac lepas.

Raja Ismail Raja Atan, 45, yang tinggal di Taman Pasir Putih, iaitu kira-kira 50 meter dari Sungai Kim Kim berkata kekerapan bau busuk dan tengik itu mula ‘naik’ selepas pukul 10 malam sehingga mengakibatkan sakit kepala, pening dan loya sekiranya terhidu.

“Sebenarnya, bau itu dah lama kami hidu, semasa kejadian Sungai Kim Kim dah ada bau busuk itu, cuma sekarang ia agak teruk sebab semakin ramai yang alami muntah, loya, pening dan sebagainya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin dalam sidang media mengesahkan tiga gas dikesan dalam insiden gangguan kesihatan di daerah itu iaitu gas metil merkaptan, akrilonitril dan akrolein.

Kehadiran ketiga-tiga gas itu katanya boleh memberi kesan kepada kumpulan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan penghidap asma, namun mengesahkan ketiga-tiga gas itu tidak dikesan dalam sampel darah dan air kencing 10 pesakit daripada lapan buah sekolah yang telah dianalisis.

Berkongsi pengalaman, kerani bank, Farhanah Rahim, 32, yang tinggal di Taman Bukit Dahlia terletak kurang 3.5 kilometer dari Sekolah Agama Taman Mawar, berkata beliau seakan sudah ‘kebal’ dengan bau misteri yang membelenggu kawasan tempat tinggalnya sejak beberapa bulan lepas.

“Kami penduduk di sini macam dah terbiasa dengan segala bau di Pasir Gudang ini sebab macam-macam bau ada pada waktu tertentu. Kadang-kadang bau busuk ada…bau tengik ada dan bau itu memang susah nak describe macam mana,” katanya.

Bagaimanapun katanya pencemaran yang tidak diketahui puncanya dan telah berlarutan selama seminggu itu, mengakibatkan matanya pedih bila berada di kawasan terbuka serta sakit tekak.

Seorang penduduk di Taman Mawar, yang hanya ingin dikenali sebagai Bob (he) menyuarakan kebimbangan dan kegusarannya bahawa isu sebegini mampu memberi kesan lebih teruk pada masa hadapan terhadap seluruh penduduk daerah itu.

“Secara logik, sekarang ramai yang alami muntah-muntah, pening, cirit birit tetapi saya risau mungkin dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi kami boleh terkena kesan sampingan lain disebabkan bau ‘misteri’ ini,” katanya.

Setakat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui kenyataan memaklumkan seramai 748 orang terdiri daripada 709 menerima rawatan pesakit luar dan 39 orang dimasukkan ke dalam wad sehingga semalam (27 Jun).

Sebelum ini, media melaporkan sebanyak 475 institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di daerah Pasir Gudang diarah tutup serta merta selama tiga hari, bermula 25 hingga 27 Jun lepas, disebabkan pencemaran gas yang berlaku sejak Khamis minggu lalu.

Pada 20 Jun lepas, 15 murid Sekolah Agama Taman Mawar, manakala 13 murid Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang (4), mengalami sesak nafas, loya dan muntah, dipercayai akibat terhidu udara yang tercemar itu.

Ia merupakan pencemaran kali kedua berlaku di Pasir Gudang selepas kejadian pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim tiga bulan lalu, yang menyaksikan lebih 4,000 orang jatuh sakit dan 111 buah sekolah ditutup.

Rata-rata penduduk Pasir Gudang menggesa kerajaan dan pihak berkuasa terlibat menyelesaikan isu pencemaran dan mengenal pasti punca bau ‘misteri’ itu secepat mungkin kerana bimbang keadaan akan menjadi semakin teruk, terutamanya kepada kanak-kanak yang mudah terkesan dengan pencemaran itu. — Bernama

Bau yang disifatkan penduduk sebagai ‘pelik’ itu semakin kuat
pada waktu malam dan selepas
hujan

https://pakdin.my/toksik

Berita berkaitan

Status anak punca Rihana, sultan Kelantan bercerai, kata peguam

Koh Tien Hua berkata tiada bukti kukuh menunjukkan baginda bapa biologi kepada anak yang lahir pada Mei lalu sebelum mereka bercerai

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara – Padang Rengas – Bukit Mertajam – Padang Besar

KTMB Perkenal Laluan Padang Rengas – Bukit Mertajam PADANG RENGAS – Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memperkenalkan laluan baharu antara stesen...

PNB enggan ulas pelantikan cucu saudara Mahathir sebagai Pengerusi

Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad cakap tidak tahu bermakna adalah sesuatu yang berkait dengan beliau dalam pelantikan ini. 😂😂😂😂

Tiga biji durian RM1,000, KPDNHEP kompaun peniaga

“Susulan aduan yang kami terima mengatakan kedai berkenaan menjual tiga biji buah durian jenis Duri Hitam, Ochee dan D200 pada harga hampir RM1,000

Remaja lembam dipaksa pijak Quran, keluarga mohon maaf

“Pemikiran dia lurus bendul. Macam budak-budak. Dia main dengan budak-budak, dia jarang bercampur dengan budak-budak besar [rakan sebaya],” kata bapa remaja itu.

Bertudung pakai seluar pendek

Foto yang didakwa dirakam di hentian bas Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dekat sini dan lebih 10,000 kali lebih menjadi perdebatan warga maya sama ada positif atau negatif.

Peguam sahkan Sultan Kelantan bercerai talak tiga

“Dimaklumkan baginda bercerai talak tiga dengan Rihana pada 22 Jun 2019 menurut undang-udang Syariah.

Logo Tahun Melawat Malaysia ciplak?

Logo TMM pula dipercayai di ciplak atau mungkin tak dibayar royalti kepada pemilik hak IPTA asal 'Shutterstock'

Siapa bawa jet kerajaan ke Jepun sehingga YDPA terpaksa naik kapal terbang angkut?

Siapa yang guna jet kerajaan ke Jepun dan mungkin tidak balik lagi ke Malaysia sehinggakan SPB YDP Agong dan Raja Permaisuri Agong terpaksa menaiki kapalterbang angkut?

FTSE Russell bakal keluarkan Malaysia dari indeks Bon Dunia

Akhir sekali, kerajaan juga perlu berusaha meyakinkan pelabur untuk melabur dalam negara dengan memberikan gambaran positif kepada pelabur. Bukanlah sibuk mencari salah kerajaan lama, menjaja isu hutang RM1 trilion atau menyatakan kemungkinan berlakunya coup d’etat yang akan menakutkan para pelabur.
... ..

Terkini

Hukum Gantung Kerana Menghina Rasulullah

Jika kita imbas semula bagaimana penghinaan yang dilakukan oleh sebilangan rakyat Malaysia terhadap Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW tanpa rasa takut terhadap tindakan mereka...

Penyanyi hina nabi dihukum gantung sampai mati

Kano, Nigeria - Sebuah mahkamah Islam di utara Nigeria semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang penyanyi lelaki kerana mempersendakan Nabi Muhammad SAW, kata...

Germany says Russian Covid-19 vaccine has not been sufficiently tested

BERLIN German Health Minister Jens Spahn on Wednesday said Russia's Covid-19 vaccine had not been sufficiently tested, adding the aim was to have a...

Hate Speech (and a bit of a Rant)

Nampaknya Fesbuk mendapati post saya mengenai cara orang Cina boleh menunjukkan bagaimana mereka terlalu angkuh dan sombong sebagai 'hate speech'. Dan mesej ini dari seorang...

Video: Kebanyakan Polis Tidak Berakhlak – Asri Janggut

Pengasas rangkaian Hot Burger, Mohd Asri Hamid mengkritik sebahagian anggota polis yang disifatkannya sebagai tidak menjaga akhlak dengan baik. Dalam satu video yang tersebar di...

Siasat Tun M, LGE dan Tommy

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa siasatan terhadap salah guna kuasa rentetan daripada pendedahan YB Dato’ Takiyuddin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal...

Rasuah punca premis haram dilindungi di Sg Buloh – SPRM

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tiga pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Cawangan Sungai Buloh kerana dipercayai mengutip dan...

Lelaki didakwa bunuh pensyarah UIAM

SEORANG lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Sepang, hari ini, atas tuduhan membunuh seorang pensyarah sebuah universiti awam, yang juga isterinya, di satu lokasi berdekatan...

Perbelanjaan naik taraf Stadium Shah Alam libatkan kos RM250 juta – MB Selangor

Kerajaan negeri Selangor masih meneliti kerosakan yang berlaku di Stadium Shah Alam sebelum mengeluarkan perbelanjaan yang sepatutnya untuk proses menaik taraf venue berkenaan. Menteri Besar...

Dr Mahathir, Tommy Thomas dan Guan Eng tipu rakyat

KUALA LUMPUR : Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz hari ini mendedahkan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas pernah berhasrat untuk menyelesaikan...

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Mukhriz jual 72,600 saham dalam Opcom

Berikutan penjualan itu, Mukhriz, pemegang saham utama dalam syarikat itu, kini hanya memegang 34.89 juta saham atau 21.64 peratus kepentingan, kata Opcom dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...