MDHS memaklumkan, tempoh bayaran tersebut akan berakhir­ pada 28 Februari hadapan dan MDHS telah menghantar sebanyak­ 100,918 bil cukai taksiran bagi penggal satu tahun ini.

“Kegagalan menjelaskan cukai taksiran dalam tempoh yang ditetapkan bakal menyebabkan pemilik dikenakan caj lewat maksimum sebanyak RM20.

“Sekiranya pemilik gagal menjelaskan bayaran dalam tempoh 15 hari dari tarikh notis dikeluarkan, harta mereka boleh disita di bawah Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171),” menurut kenyataan­ itu di sini, hari ini.

Tambah kenyataan itu, pemilik diminta menghubungi MDHS sekiranya tidak menerima bil di talian 03-6064 1331 atau mengunjungi pejabat MDHS di Jalan Bukit Kerajaan, Kuala Kubu Bharu selain pejabat cawangan di Kompleks Hentian Bas Bukit Sentosa, Bukit Sentosa.

“Pembayaran juga boleh dibuat di cawangan pejabat Pos Malaysia di seluruh negara selain pembayaran secara dalam talian melalui bank yang disenaraikan. Maklumat lanjut boleh di dapati di www.mdhs.gov.my,” katanya.