33.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 27, 2020

Bayaran proses MyKad tak naik

Jabatan Pendaftaran Negara

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan bahawa bayaran proses MyKad dinaikkan dari RM10 ke RM50 seperti tersebar di media sosial.

JPN dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman sesawang rasminya hari ini menyatakan maklumat yang tersebar tersebut adalah tidak benar.

“Sehingga kini tiada sebarang perubahan bayaran dikenakan ke atas permohonan MyKad,” menurutnya.

Sehubungan itu, JPN mengharapkan kerjasama orang ramai untuk tidak mempercayai sumber berita dari laman sosial atau media tidak rasmi bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

“Ingin ditegaskan bahawa sebarang penyiaran maklumat berkaitan kad pengenalan atau hal ehwal berkaitan jabatan ini hanya boleh disahkan oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara dan Pegawai yang dilantik sahaja,” menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, JPN memaklumkan penukaran MyKad adalah digalakkan namun ia bukanlah diwajibkan dan MyKad sedia ada juga masih sah diguna pakai.

Selain itu pengeluaran MyKad adalah merupakan perkhidmatan yang berterusan tanpa tarikh tutup dan tanpa sebarang tambahan bayaran.

Sehubungan itu, bagi sebarang maklumat yang berkaitan dengan JPN, orang awam dinasihat untuk melayari laman web rasmi JPN di www.jpn.gov.my atau menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN di 03 – 8880 7077 atau e-mel ke pro@jpn.gov.my.

Berita Berkaitan

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Komen

..

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat saya, apapun akhir katanya, ingatlah kepada satu sahaja. UMNO dan BN...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan