Beberapa kawasan di Tumpat dinaiki air - pakdin.my

tumpat_air_pasang

TUMPAT: Fenomena air pasang turut melanda beberapa tempat di daerah ini, tetapi keadaan masih terkawal.

Limpahan air dari Tanjung Kuala dan hujan yang agak lebat sejak malam tadi menyebabkan air naik di beberapa lokasi termasuk di bandar ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Pegawai Penguasa Bomba Raja Arisan Raja Ismail, berkata keadaan itu sentiasa berlaku jika hujan lebat yang berterusan.

“Keadaan yang berlaku malam tadi adalah disebabkan air pasang besar menyebabkan air dari Tanjung Kuala melimpah.

“Selain itu, keadaan longkang yang kecil dan tersumbat juga menyebabkan laluan air akibat limpahan serta hujan tidak dapat mengalir dengan baik,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, beliau berkata, limpahan air mulai surut sejak awal pagi ini, tetapi hujan masih berterusan.

Katanya, penduduk tidak perlu bimbang kerana keadaan masih terkawal dan pihaknya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

UTAMABERITABeberapa kawasan di Tumpat dinaiki air

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium