25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Beberapa pemimpin UMNO dipantau cuba burukkan parti

tengku-adnan-tengku-mansor

“Enam atau tujuh” pemimpin UMNO sedang dipantau kerana cuba memburukkan parti dan kerajaan, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Sekiranya mereka perlu dikenakan tindakan, kita akan hantar kertas siasatan kepada Lembaga Disiplin kerana kita tidak mempunyai kuasa untuk mengenakan sebarang tindakan terhadap mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau enggan menamakan pemimpin-pemimpin berkenaan.

Tengku Adnan juga meminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak mencampuri urusan kerajaan mentadbir negara.

Beliau berkata kerajaan tidak memerlukan orang luar untuk campur tangan dalam setiap isu berkaitan urusan negara kerana ia mempunyai cara tersendiri untuk menanganinya.

“Dr Mahathir dah habis (bersara)… sudah-sudahlah. Biar kerajaan sahaja yang selesaikan masalah ini. Bagaimanapun saya hormat pandangan beliau itu.

“Saya juga sedar bahawa Tun Mahathir kini sudah mula menghentam saya dan sebagai Setiausaha Agung saya hanya menjalankan tugas sebaik mungkin,” katanya ketika diminta mengulas saranan Dr Mahathir yang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Tengku Adnan juga meminta agar masyarakat menghentikan sikap melaga-lagakan pemimpin lama dan pemimpin baharu kerana baginya perbuatan itu tidak memberi apa-apa keuntungan kepada mana-mana pihak.

Dalam pada itu, beliau berkata peguam UMNO akan menghantar surat balas kepada Pengerusi Akademi Belia, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga ahli UMNO dalam masa terdekat bagi menjawab persoalan bekas Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu mengenai surat tunjuk sebab yang dihantar kepadanya pada 28 September lalu.

Surat tunjuk sebab itu dihantar oleh Tengku Adnan berkenaan kehadiran Saifuddin di majlis pelancaran gabungan baharu parti pembangkang, Pakatan Harapan, pada 22 September lalu.

Terdahulu, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, diiringi timbalannya, Datuk Dr Loga Bala Mohan, dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin, menghadiri majlis pelancaran dan sesi pengundian Projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan di Residensi Kepongmas di sini.

Projek fasa pertama yang dibangunkan oleh Syarikat Sinerjuta Sdn Bhd di Kepong itu menawarkan 1,514 unit rumah mampu milik berharga RM188,000 hingga RM198,000 dengan keluasan 800 kaki persegi, dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air dan satu tempat letak kereta.

Tengku Adnan berkata nilai pasaran semasa bagi unit yang ditawarkan pada harga kurang daripada RM200,000 tersebut adalah RM235,000 seunit.

Katanya 500 pembeli yang layak mencabut undi bagi memiliki fasa pertama pangsapuri, yang dijangka siap pembinaannya pada 2018.

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan