32.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

BEERSIH 2.0 – Ahli PAS kesal sokong Ambiga

Ambiga

Pemimpin IFC banyak bangkit isu jejas akidah Islam

PERHIMPUNAN haram pada 9 Julai lalu memberi banyak pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia, termasuk kumpulan penyokong dan penentang kerajaan, pembangkang, pihak berkuasa, malah penganjur demonstrasi itu sendiri. Perbezaannya adakah mereka mahu belajar atau mahu terus menunjukkan ego masing-masing.

Pengajaran paling penting mungkin diterima pengikut PAS, apabila ramai akhirnya sedar betapa kesanggupan dan ‘pengorbanan’ mereka sudah dipergunakan ahli politik pembangkang yang mempamer pelbagai drama – seolah-olah mereka yang berarak, dirempuh dan diburu polis serta terkena gas pemedih mata.

Statistik menunjukkan, 80 peratus yang menyertai perhimpunan haram itu Melayu, majoritinya pengikut PAS, hanya 12 peratus bangsa Cina dan lapan peratus rakyat keturunan India.

Menginsafi apa yang berlaku, beberapa ahli PAS yang ditemui selepas perhimpunan itu melahirkan rasa kesal berarak di jalan raya, sedangkan kebanyakan pemimpin parti pembangkang lain berada di hotel lima bintang.

“Walaupun ditahan mereka tidak berada di jalan raya. Mat (Mohamad) Sabu pula mendakwa dilanggar kenderaan polis yang melanggar motosikal yang dinaikinya, tetapi saya hairan kenapa lututnya saja berbalut. Lepas itu mengadakan sidang media kerana dia dilanggar, sedangkan berpuluh ahli PAS lain mengalami kecederaan lebih teruk.

“Saya juga tidak sangka Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan berdrama begitu sekali. Mungkin kalau sekali, dua berbalut leher masih boleh dimaafkan. Tapi kali ini begitu juga…. amat keterlaluan,” kata seorang pengikut PAS yang ditemui sehari selepas perhimpunan haram berkenaan.
Dia juga melahirkan rasa kesal kerana tidak bertanya siapa Datuk S Ambiga dan apa peranannya dalam Suruhanjaya Antara Agama (IFC) sehingga memberi sokongan begitu padu kepada bekas Presiden Majlis Peguam ini.

“Saya hanya mendapat tahu siapa Ambiga selepas melihat klip ceramah video YB (Zulkifli Noordin) dan beberapa artikel mengenai tuntutan perempuan ini melalui IFC yang kebanyakannya membabitkan akidah Islam,” katanya.

Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Bahru, dalam beberapa ceramahnya sudah melahirkan rasa kesal terhadap tindakan PAS ‘berketuakan’ Ambiga, sedangkan wanita berkenaan yang bertanggungjawab membela kes murtad Lina Joy, pendukung kuat IFC yang menyokong kuat konsep pluralisme dan pernah menawarkan khidmat percuma kepada umat Islam yang murtad sekiranya kes mereka dibawa ke mahkamah.

“PAS pernah melaungkan takbir menentang wanita ini dan hari ini mereka sanggup berketuakan pembela golongan murtad ini…di mana maruah kita,” katanya ketika berceramah dan video ceramahnya disebarkan di internet.

Antara perkara yang diperjuangkan IFC ialah bukan Islam yang sudah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang; bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam, manakala penganut Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Justeru, diharap pengikut PAS belajar daripada pengalaman perhimpunan haram itu kerana mereka majoriti yang menyertainya. Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP hanya membawa wakil ala kadar – membiarkan bangsa Melayu berhadapan pelbagai risiko termasuk sebuah kematian.

“Kita tidak mahu bangsa Melayu menjadi seperti pepatah – yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Apa lagi bukti yang mereka mahu, walaupun penganjur perhimpunan haram ini seorang India, namun berapa ramai India dan Cina yang menyertai?

“Rakyat keturunan Cina dan India tahu mereka tidak perlu turun ke jalan raya, kerana akhirnya apa jua keputusan dan hasil perhimpunan ini limpahannya akan turut membabitkan mereka,” kata seorang pemerhati.

Sebuah rakaman video yang menunjukkan seorang tua duduk di tangga sebuah masjid, meluahkan rasa kesal betapa anak bangsanya sanggup menghuru-harakan bumi sendiri, semata-mata perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan yang sudah menjadikan Malaysia sebuah negara aman, damai dan makmur sejak 54 tahun lalu.

“Kita sudah hidup aman dan mewah sejak merdeka, mengapa mereka perlu terpekik terlolong tidak berpuas hati. Mereka perlu tanya diri sendiri apa sumbangan dan bakti kepada negara, jangan tanya apa jasa kerajaan kepada mereka.

“Tidakkah mereka sedih – majoriti berada di jalan raya bangsa Melayu beragama Islam, melaungkan takbir dan meluahkan rasa tidak puas hati ke atas kerajaan dipimpin bangsa kita sendiri,” kata orang tua ini dengan penuh kesal.

Berita Berkaitan

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

42 ahli Parlimen DAP sokong Anwar PM sekiranya cukup bilangan bentuk kerajaan, kata Guan Eng

DAP hari ini mengesahkan 42 ahli Parlimennya akan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim, sekiranya...

UMNO tidak halang wakil rakyat sokong Anwar

UMNO tidak dapat menghalang mana-mana ahli parlimennya yang ingin menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR). Presidennya,...

‘Saya dapat sokongan hampir dua pertiga Ahli Parlimen’ – Anwar

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin mempunyai majoriti hampir dua pertiga Ahli Parlimen...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan