BEERSIH 2.0 – Amaran Polis: Hentikan Fitnah Terhadap Anggotanya - pakdin.my

..

Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terus memfitnah dan menghasut supaya orang ramai hilang keyakinan terhadap pasukan keselamatan itu.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar memberi amaran supaya perbuatan biadap itu dihentikan kerana turut menjejaskan nama baik negara.

DATUK SERI KHALID ABU BAKAR/TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA
“Ini satu perkara yang amat biadaplah yang dilakukan oleh mereka ini. Walhal apa yang kita buat, apa yang polis buat cuma dalam melaksanakan tanggungjawab kita, menguatkuasakan undang-undang, itu saje. Kita tidak buat lebih daripada menguatkuasakan undang-undang yang ada di negara kita ni. Jadi saya serulah kepada masyarakat supaya jangan terpengaruh dengan dakyah fitnah mereka ini yang sengaja ingin rakyat percaya bahawa polis bertindak zalim, bertindak ganas, dan sebagainya.”

Polis Sudah Lengkap Siasatan Kes Video SeksDatuk Seri Khalid sebelum itu menyampaikan bantuan kepada 600 ratus orang anak yatim, kanak-kanak istimewa, ibu tunggal dan fakir miskin di Masjid Nurul Iman, Kampung Gebok, Mantin.

Mengenai ura-ura perhimpunan yang sama akan diadakan sekali lagi, beliau berkata, ia perlu mendapat permit dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Jika tidak, ia akan dianggap perhimpunan haram.

Datuk Seri Khalid turut mempersoalkan niat sebenar penganjur mengadakan demonstrasi jalanan selain agenda tersembunyi cuba menumbangkan kerajaan.

UTAMABERITABEERSIH 2.0 - Amaran Polis: Hentikan Fitnah Terhadap Anggotanya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium