BEERSIH 2.0 – Amaran Tegas Sultan Selangor - pakdin.my

 

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah dengan nada tegas akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetus api permusuhan dan perbalahan antara kaum dan masyarakat khususnya di Selangor.

Titah itu menjadikan Sultan Sharafuddin, Raja-raja Melayu kedua menyuarakan pandangan mengenai situasi semasa selepas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH/SULTAN SELANGOR
“Beta sebagai ketua negeri Selangor ini tidak akan membiarkan adanya anasir yang akan merosakkan bangsa dan agama kita. Malah beta akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan api pemusuhan dan perbalahan antara kaum dan masyarakat di negeri Selangor ini. Di sini beta ingin menyeru kepada rakyat melayu di negeri Selangor ini supaya hendaklah bersatu padu dan janganlah berbalah-balah antara satu sama lain disebabkan ideologi politik yang berlainan.”

Sultan Selangor bertitah pada majlis perasmian Masjid As-Salam di Bukit Sentosa, Hulu Selangor.

Titah baginda, demonstrasi jalanan boleh merebak dan menjadikan keadaan tidak terkawal serta menyusahkan rakyat.

Oleh itu, sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati atau ingin meluahkan pendapat, hendaklah dilakukan menerusi saluran yang betul.

UTAMABERITABEERSIH 2.0 - Amaran Tegas Sultan Selangor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium