BEERSIH 2.0 – Bank tempatan salur dana asing - pakdin.my

KUALA LUMPUR 3 Julai – Sebuah bank tempatan dikesan digunakan oleh Datuk S. Ambiga untuk menerima dana daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing.

Difahamkan akaun bank tersebut yang sudah menerima ratusan ribu dana asing, merupakan salah satu daripada lima akaun yang dimiliki Pengerusi demonstrasi haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, bank berkenaan menjadi pilihan Ambiga dan NGO asing untuk menjayakan hasrat menghuru-harakan Malaysia kerana sebahagian saham bank itu dimiliki oleh seorang pemimpin pembangkang.

“Kita mencabar Ambiga dedahkan jumlah transaksi yang berlaku melalui akuan bank tersebut sepanjang tiga minggu yang lalu, jika benar dia tidak menerima dana daripada gerakan yang berpangkalan di Eropah.

“Sebelum ini, dia menafikan pendedahan media. Buktikanlah penafian tersebut dengan mendedahkan kepada umum transaksi itu, kita nak tahu juga berapa cukai pendapatan yang perlu dibayar Ambiga,” katanya di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, ribuan helai risalah mengenai segala tindak-tanduk dan aktiviti anti-Islam yang ditunjangi Ambiga dikesan diedarkan oleh pihak tidak dikenali di sekitar ibu kota sejak beberapa hari lalu.

Risalah ‘Kenali Ambiga, Penganjur Himpunan Bersih’ dan ‘Lima Sebab Tolak Bersih’ mendedahkan bagaimana bekas Presiden Majlis Peguam itu sanggup memberi khidmat guaman percuma kepada umat Islam yang murtad.

Selain itu, satu lagi risalah yang bertajuk ‘Siapa Ambiga: Bersihkan Hatinya’ pula secara terbuka mendedahkan akaun bank yang digunakan oleh Ambiga dan NGO-NGO asing untuk menyalurkan dana kepada Bersih.

Risalah yang sama menuntut serta mendesak Bank Negara supaya menyiasat semua transaksi haram tersebut dan segera mengambil tindakan undang-undang ke atas Ambiga.

Sementara itu, semakan Utusan Malaysia mendapati, beberapa laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jinjang (30 Jun), Balai Polis Setapak (1 Julai), Balai Polis Wangsa Maju (1 Julai) berhubung penyebaran risalah berkenaan.

UTAMABERITABEERSIH 2.0 - Bank tempatan salur dana asing

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium