BEERSIH 2.0 – KL sesak angkara rancangan perhimpunan kumpulan haram BERSIH. - pakdin.my

Kuala Lumpur mengalami kesesakan luar biasa akibat tindakan polis membendung kegiatan kumpulan haram yang merancang mengadakan perhimpunan haram BERSIH 2.0.

Semua jalan masuk dan keluar juga mengalami kesesakan teruk akibat dari sekatan polis dan kehadiran ramai pengunjung yang dipercayai dari kumpulan BERSIH 2.0.

Walaupun pihak polis telah mengarahkan perhimpunan haram tersebut diadakan diluar Kula Lumpur, pihak penganjur masih lagi berdegil untuk terus mengadakan di Kuala Lumpur. Mereka yang ingin menyertai perhimpunan haram tersebut juga telah terpengaruh denngan berita dari internet dan sms yang mengatakan perhimpunan haram akan diteruskan di Kuala Lumpur.

Pihak polis tidak pernah mengeluarkan sebarang permit bagi perhimpunan haram tersebut dimana-mana stadium sekitar Kuala Lumpur. Permit segera untuk perhimpuna tersebut hanya dikeluarkan sekiranya diadakan di luar Kuala Lumpur.

Sementara itu polis akan terus mengetatkan kawalan masuk ke Kuala Lumpur bagi menjamin keselamatan orang ramai.  Mulai tengah malam malam ini beberapa jalan utama yang berkemungkinan akan digunakan oleh kumpulan haram tersebut akan ditutup kepada orang ramai.

Tinjauan mendapati peningkatan yang amat ketara keatas penjualan arak dalam tin/botol sepanjang hari ini. Peningkatan amat ketara di kedai-kedai serbanika.

UTAMABERITABEERSIH 2.0 - KL sesak angkara rancangan perhimpunan kumpulan haram BERSIH.

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium