BEERSIH 2.0 – Kuala Lumpur Kembali Pulih Selepas 6 Petang - pakdin.my

 

Dan selepas jam enam petang, keadaan di Kuala Lumpur kembali pulih.

Namun masih ada anggota polis yang ditempatkan di beberapa lokasi panas bagi tujuan pemantauan.

Anggota polis yang bertugas didapati mula berkurangan dan ditarik balik secara berperingkat-peringkat lewat petang tadi.

Kumpulan pengacau yang berhimpun mula bersurai sekitar jam empat petang kerana boleh dikatakan hilang punca dan haluan selepas beberapa pemimpin mereka ditahan pihak berkuasa.

Ada juga peniaga yang dilihat mula membuka perniagaan apabila yakin keadaan sudah mengizinkan.

Khidmat LRT juga kembali beroperasi seperti sedia kala.

Manakala jalan-jalan yang ditutup sejak tengah malam, dibuka secara berperingkat.

Antaranya Jalan Tunku Abdul Rahman kira-kira jam 6.45 petang.

Lembaga Lebuh Raya Malaysia dalam laman webnya mengumumkan laluan trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Kesas dibuka kepada semua laluan bermula 5 petang.

UTAMABERITABEERSIH 2.0 - Kuala Lumpur Kembali Pulih Selepas 6 Petang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium