BEERSIH 2.0 – Pelbagai maklumat palsu dan skrip lapuk tersebar - pakdin.my

KUALA LUMPUR 9 Julai – Demonstrasi haram jalanan oleh kumpulan pengacau di sekitar ibu negara hari ini boleh mencetuskan keadaan lebih buruk ekoran ada pihak mengambil kesempatan menyebarkan pelbagai maklumat palsu menggunakan teknologi komunikasi moden.

Pihak tidak bertanggungjawab memuatkan maklumat palsu berkenaan pada laman web sosial popular termasuk ”Facebook (FB)” dan ”Twitter” serta dipautkan ke laman laman web tertentu.

Antara maklumat palsu yang disebarkan adalah dakwaan bahawa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) menyembur gas pemedih mata di sekitar kawasan Menara Kembar Petronas dan Suria KLCC pada pagi ini tetapi dinafikan segera oleh polis.

Wartawan yang bergegas ke tempat kejadian mendapati tiada kejadian seumpamanya dilaporkan di kawasan berkenaan.

Malah ada pihak cuba menyelitkan maklumat palsu kononnya ada berlaku kemalangan jiwa di kalangan peserta demonstrasi, tetapi maklumat itu kemudian segera dikeluarkan daripada “Facebook” penganjur perhimpunan haram

UTAMABERITABEERSIH 2.0 - Pelbagai maklumat palsu dan skrip lapuk tersebar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium