25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 1, 2020

BEERSIH 2.0 – PM Syukur Perhimpunan Haram Tidak Bawa Kerosakan Serius

Syukur Perhimpunan Haram Tidak Bawa Kerosakan Serius

KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri melahirkan rasa syukur perhimpunan haram yang berlangsung di ibu negara pada Sabtu tidak berakhir dengan kesan serius kepada rakyat dan juga harta benda.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau juga bersyukur kerana sebahagian besar rakyat khususnya yang tinggal di Kuala Lumpur dan Lembah Klang tidak menyertai perhimpunan haram itu, membuktikan mereka tidak menyokong demonstrasi jalanan.

“Mereka (yang tidak menyertai perhimpunan haram) merupakan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian, dan mereka juga telah terima nasihat yang dititahkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor dan juga kerajaan.

“Saya ingin ucap tahniah kepada pasukan keselamatan khususnya polis yang telah bertindak untuk menyuraikan perhimpunan itu dengan sebaik-baiknya dan saya berharap apa yang telah berlaku hari ini dijadikan iktibar kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas menyampaikan hadiah Kejohanan Sukan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia di Stadium Negeri di sini, hari ini.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan