BEERSIH 2.0 – PM Zahirkan Penghargaan Kepada YDP Agong - pakdin.my

Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin kerana amat prihatin dengan keamanan dan keselamatan negara.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK/PERDANA MENTERI
“Saya hendak melahirkan ucapan menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas rasa keprihatian yang amat berat Seri Paduka untuk memastikan tidak ada sebarang kejadian yang boleh mengganggugugat keamanan dan keselamatan dalam negara kita.”

Kelmarin, Yang di-Pertuan Agong menitahkan supaya semua pihak tidak mengadakan perhimpunan atau demonstrasi jalanan yang dicadangkan hujung minggu ini.

Datuk Seri Mohd Najib turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menghormati titah Yang di-Pertuan Agong itu.

UTAMABERITABEERSIH 2.0 - PM Zahirkan Penghargaan Kepada YDP Agong

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium