BEERSIH 2.0 – Polis Rampas Pelbagai Senjata Berbahaya (video) - pakdin.my



Kesiap-siagaan pihak keselamatan terhadap sebarang kemungkinan berhubung perhimpunan hujung minggu ini memang ada asasnya.

Ini berdasarkan dua penemuan dan rampasan pelbagai senjata berbahaya dan baju yang menjurus kepada perhimpunan berkenaan.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, kira-kira jam 7:20 petang semalam, pihaknya menerima maklumat daripada seorang lelaki orang asli menerusi telefon.

Lelaki berkenaan memaklumkan ketika sedang mencari rotan di Batu 14, Jalan Gombak Lama, telah terjumpa beberapa beg dan plastik yang mencurigakan.

Beg yang dibukanya, berisi senjata tajam, botol plastik berisi petrol dan baju bagi tujuan perhimpunan itu.

Polis yang berkejar ke lokasi mendapati beg disorok di celah batu berdekatan sebuah rumah ibadat.

Hasil pemeriksaan, polis menemui 10 bilah parang, 36 botol plastik petrol bersumbu, sejumlah biji bearing, 17 pemetik api, 44 helai baju tertera tulisan `Bersih’, ceraian kain warna kuning dan merah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1), Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Bahaya 1958 dan Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966

UTAMABERITABEERSIH 2.0 - Polis Rampas Pelbagai Senjata Berbahaya (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium