33.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2020

BEERSIH 2.0 – Sertai perarakan haram boleh jejaskan iman – mufti

KUALA LUMPUR 5 Julai – Menyertai perarakan menentang pemerintah adalah sebaris dengan dosa-dosa besar yang boleh menjejaskan iman, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zabidi Wan Teh.

Merujuk kepada beberapa hadis, beliau menerangkan bahawa dosa akibat menderhaka kepada pemerintah diletakkan sebaris dengan syirik, membunuh, makan harta anak yatim, riba dan menderhaka kepada ibu bapa.

“Termasuk dalam perbuatan derhaka ialah membantah tanpa mengikut saluran yang betul mengenai apa jua keputusan pemerintah yang dibuat secara sah berasaskan kuasa yang diberikan kepada mereka dalam menjalankan urusan pentadbiran negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Zabidi berkata, Rasulullah SAW telah mengingatkan dalam hadis-hadis sahih bahawa antara pelbagai aliran kefahaman agama, hanya pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang akan selamat di akhirat kelak.

“Dan berasaskan dalil-dalil jelas dalam Al-Quran dan Sunnah, para ulama Ahli Sunnah telah ijmak (sepakat) mengatakan bahawa taat kepada pemerintah adalah fardu ke atas setiap Muslim,” katanya.

Wan Zabidi berkata, sejarah dan realiti masa kini seperti yang dialami beberapa negara Islam yang terjerumus dalam kancah perang saudara, membuktikan kegiatan yang bermula dengan tunjuk perasaan terhadap pemerintah akhirnya mencetuskan suasana anarki dan kekacauan dalam negara.

Beliau berkata, memandangkan kemusnahan yang sangat besar terhadap agama dan umat disebabkan kegiatan penderhakaan atau “bid’atul khuruj”, maka tidak hairanlah golongan penderhaka digelar Rasulullah sebagai “kilabunnar” (anjing neraka).

Wan Zabidi berkata, dalil-dalil turut menerangkan bahawa perbuatan derhaka selain daripada menjejaskan iman, juga boleh memutuskan jalan ke syurga dan menyebabkan seseorang mati dalam keadaan jahiliah.

“Sayugia diperingatkan mereka yang terlibat dalam penganjurannya, bukan sahaja akan menanggung dosa perbuatan itu, tetapi juga dosa setiap orang yang mengikutnya, tanpa mengurangkan dosa pengikut tersebut,” katanya.

Wan Zabidi menyeru setiap umat Islam tidak melibatkan diri dengan apa jua bentuk tunjuk perasaan kerana ia adalah sebahagian daripada tindakan derhaka yang boleh menjurus ke arah pertumpahan darah, kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda dan kesengsaraan masyarakat awam

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan