29.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2020

BEERSIH 2.0 – Sidang Media Khas YDH Ketua Polis Negara

 

Bukit Aman – 9 Julai 2011

Walaupun sebelum ini pihak polis telah memberi amaran tegas kepada penganjur-penganjur untuk tidak mengadakan perarakan dan perhimpunan haram, tidak dihiraukan namun ia telah berakhir tanpa mengundang insiden yang tidak diingini. YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara telah mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Bukit Aman hari ini.

Antara isi kenyataan media YDH Ketua Polis Negara :

“Terdapat pelbagai spekulasi dilaporkan dalam media ‘online’ mengenai jumlah keseluruhan orang yang mengambil bahagian dalam perarakan dan perhimpunan haram dan sembilan lokasi sekitar Bandaraya. Perarakan sebenarnya tidak meliputi seluruh Bandaraya Kuala Lumpur. Lokasi utama adalah kawasan Puduraya, Masjid Negara dan KLCC. Anggaran peserta yang terlibat perarakan adalah sekitar 5, 000 orang sahaja”.

“Dalam beberapa insiden yang mana peserta perarakan dan perhimpunan selepas arahan bersurai diumumkan beberapa kali, pihak polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan membuat semburan air dari Water Canon.Kejadian ini berlaku di kawasan Puduraya dan Dataran Merdeka. Tindakan ini merupakan langkah pencegahan taktikal bagi menyuraikan perhimpunan atau menghalang perarakan dari terus membesar dan mara ke suatu tempat”.

“Kesemua yang ditangkap dilayan dengan baik dan diberi makanan. Pasukan siasatan sedang di dalam proses bertungkus lumus menyiapkan dokumentasi terhadap mereka di Holding Centre”.

“Walaupun terdapat sedikit kekecohan di kawasan Puduraya dan Dataran Merdeka, secara keseluruhannya perarakan dan perhimpunan haram telah disuraikan oleh pihak polis secara aman. Pihak polis telah mengambil tindakan sewajarnya untuk mengawal keadaan”.

“Salah satu faktor yang membolehkan keadaan terkawal adalah disebabkan ramai yang telah meninggalkan Bandaraya Kuala Lumpur sejak semalam kernana tidak suka untuk terlibat dalam kekecohan yang ditimbulkan oleh kumpulan pengacau”.

“Secara keseluruhannya, penugasan ketenteraman awam di Kuala Lumpur dijalankan dengan sempurna walaupaun dalam keadaan yang amat mencabar. Keadaan ini tidak akan tercapai tanpa bantuan dan kerjasama daripada dari pelbagai pihak dan agensi berkaitan. PDRM mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua mereka yang terlibat. Pihak polis akan terus membuat pemantauan di semua lokasi dari semasa ke semasa sehingga keadaan pulih sediakala”, YDH Ketua Polis Negara mengakhiri sidang media petang ini.

Turut hadir sidang media petang ini YDH Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Dato’ Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, YDH CP Dato’ Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik, Dato’dato’ dan rakan media.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan