BEERSIH 2.0 – Tindakan Menanti Penuntut IPTA Terbabit Perhimpunan Haram - pakdin.my

 

Kementerian Pengajian Tinggi sedang menunggu laporan polis berhubung pembabitan penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam dalam perhimpunan haram.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, senarai pelajar yang terbabit dalam perhimpunan haram itu akan diserahkan kepada universiti terbabit untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, terpulang kepada universiti berkenaan untuk mengambil tindakan terhadap pelajar mereka.

Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar mengesahkan, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan pembabitan pelajar atau warga kerja Uitm.

Jika ada, tindakan tatatertib seperti ditamatkan perkhidmatan boleh dikenakan

UTAMABERITABEERSIH 2.0 - Tindakan Menanti Penuntut IPTA Terbabit Perhimpunan Haram

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium