Statistik Corona

Malaysia
2,448,372
Confirmed
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am
Malaysia
2,347,985
Recovered
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am
Malaysia
71,713
Active
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am
Malaysia
28,674
Deaths
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am

Malaysia

Malaysia
2,448,372
Confirmed
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am
Malaysia
2,347,985
Recovered
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am
Malaysia
28,674
Deaths
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am

Indonesia

Indonesia
4,242,532
Confirmed
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am
Indonesia
4,086,759
Recovered
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am
Indonesia
143,333
Deaths
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am

Thailand

Thailand
1,884,973
Confirmed
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am
Thailand
1,766,823
Recovered
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am
Thailand
19,006
Deaths
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am

Global

All countries
246,026,077
Confirmed
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am
All countries
221,211,942
Recovered
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am
All countries
4,992,349
Deaths
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am

BEERSIH 2.0 – Tutup Malu! Cover Kemaluan!

SelangorDaily – Para pencacai Pakatan Rakyat mula mengubah taktik. Apabila titah khas KDYMM Yang Dipertuan Agong disiarkan dan titah baginda agar demonstrasi jalanan BERSIH 2.0 dibatalkan kerana ia akan mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan, baginda menjadi sasaran kecaman oleh para pencacai Pakatan Rakyat. Bahkan, ada yang tidak segan silu menzahirkan kemarahan dan kekecewaan mereka kerana titah KDYMM Yang Dipertuan Agong itu telah meranapkan harapan dan impian mereka dalam tempoh tidak sampai 10 minit!

Kemudian, Najib Abdul Razak BERMURAH HATI menawarkan agar BERSIH 2.0 membuat demonstrasi di dalam stadium dengan TIGA SYARAT iaitu masuk ke stadium dengan AMAN, berada di dalam stadium dengan AMAN dan keluar dari stadium dalam keadaan AMAN.

Pada mulanya para pencacai Pakatan Rakyat bising dan meroyan dengan tawaran tersebut. Kata mereka, tawaran itu bermakna lebih mudahlah kerajaan dan pihak berkuasa mengawal mereka. Bahkan ancaman untuk menangkap, memberkas serta menahan mereka yang cuba hadir ke stadium juga akan menjadi lebih mudah.

Namun menjelang malam, lain pula yang dikatakan…

Para pencacai Pakatan Rakyat telah mengatakan NAJIB TELAH DBERI KATA DUA OLEH SPB Yang Dipertuan Agong, sehingga memaksa Perdana Menteri bersetuju untuk membenarkan BERSIH 2.0 mengadakan tunjuk perasaan di stadium. Mereka mengisytiharkan kemenangan setelah sebelah pagi Malaysian Insider menyiarkan artikel ‘Kalah Atau Menang’ yang menaikkan ekor para Pakatan Rakyat. Tawaran Najib Abdul Razak kepada kaum Pakatan Rakyat untuk menjadi monyet di dalam stadium dianggap sebagai satu kemenangan kepada tuntutan mereka.

Alasannya sangat mudah, BERSIH 2.0 telah diisytiharkan sebagai HARAM. Tetapi apabila Najib ‘terpaksa’ memberikan persetujuan kepada mereka, kata para pencacai Pakatan Rakyat itu adalah tanda kemenangan Pakatan Rakyat. Kata mereka lagi, keputusan Najib Abdul Razak itu adalah disebabkan ‘kata dua’ SPB Yang Dipertuan Agong, walaupun Najib Abdul Razak terlebih dahulu membuat tawaran stadium kepada para pencetus kekacauan itu. Bahkan saranan agar para pencetus kekacauan itu berkumpul di stadium telah dibuat lebih awal oleh orang ramai yang tidak mahu kekacauan dan huru-hara tercetus di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Yang tidak diceritakan oleh para pencacai Pakatan Rakyat ialah, BERSIH 2.0 sememangnya haram dan perhimpunan di dalam stadium masih tetap memerlukan permit dan kebenaran daripada polis!

Kesian sungguh dengan para pencacai Pakatan Rakyat. Mereka bukan sahaja perasan, bahkan mereka sangat ujub dengan diri sendiri. Mereka tidak langsung mengambil tahu dengan persekitaran. Bahkan sentiasa beranggapan, apa-apa sahaja yang mereka lakukan akan mendapat sambutan serta sokongan daripada orang ramai.

Oleh kerana mereka TELAH DIHALAU ke stadium, terpaksalah mereka tutup malu dan cover kemaluan masing-masing. Walaupun jauh di hati kecil mereka mengakui yang BERSIH 2.0 telah berjaya dipatahkan oleh KESELURUHAN RAKYAT MALAYSIA yang mencintai keamanan, para pencacai yang sukar menerima kekalahan, terpaksa mendabik dada dengan mengatakan mereka adalah pemenangnya, walhal dalam hal ini, rakyat Malaysia tidak peduli pun sesiapa sahaja yang akan menang, asalkan rakyat Malaysia dapat hidup aman tenteram dan sentosa.

Maka benar sangatlah tanggapan yang diberikan kepada Mat Sabu yang seringkali menyatakan kalau SPR berlaku adil, Pakatan Rakyat sudah pun menguasai Putrajaya!!!

Bodoh puak-puak ini memang keterlaluan!

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021