Bekas Anggota Polis ‘Home Guard’ Terlantar Sakit Mohon Bantuan - pakdin.my

Sesiapa yang berada di kawasan Parlimen berkaitan tolong lah bantu, beritahu kepada Wakil Rakyat setempat atau Persatuan Bekas Polis bagi membantu mereka yang pernah berjasa kepada negara.

Kalau terpaksa disiarkan di akhbar mengundang malu kepada kepimpinan setempat, negeri dan negara.

 

Bekas Anggota Polis ‘Home Guard’ Terlantar Sakit Mohon Bantuan

KUALA NERANG, 22 Mac (Bernama) — Seorang bekas anggota polis yang kini terlantar sakit memohon bantuan orang ramai bagi membolehkannya menjalani rawatan.

Said Harun, 83, yang pernah bertugas sebagai anggota ‘Home Guard’ sewaktu zaman darurat, tidak boleh berjalan sejak sebulan lalu dan daya ingatannya semakin berkurangan selepas terlibat kemalangan jalan raya lima tahun lepas.

Anak lelakinya, Mohamad Sharif Said, 36, berkata dulu ayahnya memang cergas tetapi sejak kemalangan, dia selalu tidak sihat dan keadaannya semakin teruk sejak sebulan lalu.

“Ayah adalah ahli seumur hidup Persatuan Bekas Polis Malaysia dengan nombor keahlian K005036 dan kad keahliannya masih disimpan. Abang saya yang juga anggota polis telah menulis surat kepada persatuan memohon bantuan tetapi sehingga kini tiada jawapan diterima,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Kubang Palas dekat sini.

Beliau berharap ada pihak yang sudi membantu keluarganya dan untuk tujuan itu bolehlah menghubungi melalui nombor telefon Mohamad Sharif di talian 012-3430173.

— BERNAMA

Berita berkaitan:

Berita Harian Online | RM74.9 juta untuk bekas polis
Berita Harian Online | Bekas polis dapat RM3,000

UTAMABERITABekas Anggota Polis 'Home Guard' Terlantar Sakit Mohon Bantuan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium