Bekas calon BN DUN Selinsing meninggal dunia - pakdin.my

Sharudin Ahmad

Bekas calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selinsing pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Sharudin Ahmad yang dirawat di Hospital Taiping akibat jangkitan kuman sejak kelmarin, meninggal dunia hari ini.

Sharudin yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 8.30 malam.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Serai itu sebelum ini dirawat di Hospital Columbia Asia, dekat sini sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping selepas keadaannya semakin kritikal apabila jangkitan kuman sudah merebak ke bahagian jantung dan buah pinggang.

Pada Jumaat, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melawat Sharudin di Hospital Taiping.

Sharudin merupakan pemimpin muda yang agresif dan progresif di Perak terutama bagi memperkasakan belia di daerah Kerian.

Sharudin pertama kali bertanding di DUN Selinsing tewas kepada penyandang Husin Din dengan majoriti 809 undi.

UTAMABERITABekas calon BN DUN Selinsing meninggal dunia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium