23.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 27, 2020

Bekas homeguard kaum Cina kecam Mat Sabu

BERA 8 Sept. – Beberapa bekas pengawal kampung atau homeguard kaum Cina di daerah ini mengecam Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kerana menjulang komunis dalam tragedi Bukit Kepong.

Tan Kim Hock, 81, berkata, sedangkan komunis amat kejam kerana mereka tiada istilah bertolak ansur dan sesiapa yang menentang akan disembelih atau terus ditembak tanpa sebarang perbicaraan.

“Jangan mimpilah orang Melayu nak memerintah negara seperti sekarang jika komunis berkuasa. Sebab itu hanya mereka yang gila dan hilang akal sahaja yang sokong komunis.

”Sebab itu saya berharap pemimpin pembangkang jangan bermain politik dengan menjual bangsa dan negara. Jagalah negara ini, sokonglah kerajaan yang ada, banyak faedah sudah kita dapat setelah negara merdeka 54 tahun lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Seorang lagi bekas homeguard, Mohamed Tan Abdullah, 82, berkata, sepatutnya Mat Sabu perlu sedar yang anggota keselamatan termasuk Homeguard mempertaruhkan segala-galanya termasuk nyawa demi keamanan negara ini.

Mohamed yang memeluk Islam selepas negara mencapai kemerdekaan berkata, dia berjaya membunuh 15 komunis semasa menyertai beberapa operasi dan bertempur dengan komunis di sekitar Kemayan, Triang dan Mengkarak.

”Kenyataan Mat Sabu yang menganggap komunis sebagai wira membuktikan dia bukan sahaja biadab dan buta sejarah tetapi sudah hilang akal,” katanya.

Mohamed yang kini mengutip tin minuman dan besi buruk bagi membesarkan empat orang anaknya yang masih bersekolah hasil perkahwinan keduanya berkata, komunis biasanya menyerang pada waktu malam dan subuh.

Tambahnya, kebiasaannya mereka menyerang antara 15 minit atau setengah jam sahaja bertujuan menakutkan polis dan orang awam ketika itu.

“Setiap kali berlaku serangan, polis dan anggota homeguard akan memberikan tentangan hebat sehingga memaksa komunis berundur,” katanya dengan penuh semangat.

Seorang lagi bekas bekas polis bantuan, Koe Ten, 79, berkata, mereka yang tidak pernah bertempur dengan komunis tidak tahu azab dan seksanya ketika itu.

“Kami bukan sahaja bermandikan darah malah tidak tidur siang dan malam memburu pengganas.

“Walaupun bilangan komunis ramai, kami memberi tentangan hebat dan berjaya membunuh beberapa komunis yang sangat kejam,” katanya.

Berita Berkaitan

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Najib Beri Respon Sinis Selepas Didakwa Jadi Menteri Dalam Kabinet Anwar

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi respons secara sinis terhadap dakwaan sebuah...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

#PRNSabah: Warisan kalah tetapi Shafie mungkin angkat sumpah sebagai KM esok

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mungkin akan mengangkat sumpah sekali lagi esok berikutan kegagalan mana-mana parti menjadi dominan dalam Pilihan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan