Krisis Politik Terengganu: Bekas MB, Ahmad Said keluar UMNO

Berkaitan

Terkini

Share

ahmad-said-bebas

Selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar dari parti UMNO.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas.

“Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta. Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal,” katanya dalam surat tersebut.

Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah isytihar keluar dari parti tersebut.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ahmad Said dalam satu email.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa Isnin.

Beliau digantikan oleh ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dalam satu majlis angkat sumpah.

Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam tadi.

Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 daripada 32 kerusi DUN Terengganu.

Baki dua lagi adalah calon bebas.

ahmad-said-keluar-umno

ghazali-taib-keluar-umno

  1. Mereka bukan berjuang untuk rakyat…..perjuangan mereka kearah tekak dan poket serta kuasa…

    Mereka tak ubah saperti yg telah ada….AI (aljub) sekeluarga…serta majoriti ahli PKR..dan
    Mat taib…Kadir Sheikh Fadzil…dan ramai lagi…..

    Pengkhianat bangsa dan ugama…
    Dajjal.

  2. Mereka bukan berjuang untuk rakyat…..perjuangan mereka kearah tekak dan poket serta kuasa…

    Mereka tak ubah saperti yg telah ada….AI (aljub) sekeluarga…serta majoriti ahli PKR..dan
    Mat taib…Kadir Sheikh Fadzil…dan ramai lagi…..

    Pengkhianat bangsa dan ugama…
    Dajjal.

Leave a Reply