Nizar didakwa fitnah Perdana Menteri #pakdin.my

wpid-20140825-130002254.jpg

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dakwaan memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 23 April 2012.

Mohd Nizar bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah dan mohon dibicarakan.

Tertuduh yang diwakili 12 Peguam diketuai Hatim Musa didakwa memfitnah Perdana Menteri dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di sini antara jam 9 malam hingga 12 tengah malam.

Mohd Nizar dituduh mengeluarkan kenyataan bahawa Datuk Seri Najib memanggil pegawai angkatan tentera untuk berbuat sesuatu sekiranya Barisan Nasional (BN) tumbang pada pilihan raya.

Mahkamah menetapkan Mohd Nizar membayar wang jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan kes disebut semula pada 26 September depan.

Berkaitan