Bekas Pegawai Tentera Perlu Simpan Rahsia -Persatuan Bekas Tentera - pakdin.my

Angkatan Tentera MalaysiaKUALA LUMPUR: Bekas pemimpin tentera perlu menyimpan rahsia negara walaupun tidak lagi berada dalam perkhidmatan, menurut dua persatuan bekas tentera pada Ahad.

Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) dan Persatuan Peniaga-peniaga Bekas Tentera Kuala Lumpur dan Selangor hari ini kesal dengan tindakan beberapa bekas pegawai tertinggi tentera yang mengkritik kerajaan serta pasukan tentera secara terbuka baru-baru ini.

Presiden Persatuan Peniaga-peniaga Bekas Tentera Kuala Lumpur dan Selangor, Mohd Shahni Ismail berkata selepas bersara, bekas tentera seharusnya sentiasa mendukung kedaulatan negara seperti mana ketika masih dalam perkhidmatan.

“Apa yang kita tengok mereka (bekas jeneral) ini membelakangkan kerajaan, sedangkan semasa berkhidmat mereka telah melafazkan sumpah taat setia dalam menyimpan rahsia negara yang mana tidak boleh dibocorkan sehingga hujung nyawa sekali pun,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pertama persatuan itu, di sini, Ahad.

Beliau berkata sepatutnya bekas-bekas jeneral ini membantu negara dalam memberi nasihat dan pandangan bagaimana hendak mengatasi pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah daripada menpersoalkan tindakan kerajaan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Presiden PVTM Mohd Ali Baharom berharap kerajaan tidak bertolak ansur dan mengambil tindakan guaman terhadap mereka yang didapati cuba mengkucar-kacirkan negara.

UTAMABERITABekas Pegawai Tentera Perlu Simpan Rahsia -Persatuan Bekas Tentera

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium