BEKAS PEMAIN BOLA TERENGGANU 2001 MAUT KEMALANGAN DI GERIK - pakdin.my

Bekas pemain bola sepak Terengganu era 2001 Alfian Aziz maut selepas terlibat dalam kemalangan di Gerik Perak tengah hari tadi.

Kejadian berlaku di jalan Gerik-Jeli kira-kira jam 3:15 petang berpunca daripada kereta Perodua Alza yang dipandu Alfian hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar besi penghadang jalan sebelah kiri menyebabkan besi penghadang jalan menembusi cermin hadapan kereta.

Mangsa 36 tahun bekerja di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) cedera parah dan disahkan meninggal dunia selepas mendapat rawatan di Hospital Gerik.

Isteri beliau Zanariah bt Ramli @ Danial Malan 27 tahun dan anak lelaki Aqeef Zafran setahun cedera ringan manakala anak perempuan Arysha Zahra 3 tahun mengalami patah tulang pinggul dan koyak peha kiri.

Sumber memberitahu mangsa bersama isteri dan dua orang anak dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dari Alor Setar.

Alfian merupakan salah seorang pemain Terengganu yang meraih kejuaraan Piala Malaysia pada tahun 2001 di bawah kendalian jurulatih Mat Zan Mat Arif.

20161113-bekas-pemain-bolasepak-terengganu-maut-gerik-2

UTAMABERITABEKAS PEMAIN BOLA TERENGGANU 2001 MAUT KEMALANGAN DI GERIK

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium