Bekas pembantu kepada bekas menteri pelancongan, tunang direman 5 hari - pakdin.my

Seorang bekas pembantu kepada bekas menteri pelancongan, Mohamaddin Ketapi, bersama tunangnya direman 5 hari untuk membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM3.7 juta.

Sumber berkata, suspek lelaki berusia 29 tahun ialah bekas setiausaha sulit kanan kepada Mohamaddin dan tunangnya berusia 29 tahun ditahan kira-kira 5.30 petang serta 10 malam semalam ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, perintah reman sehingga 19 Ogos ini dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Difahamkan, kedua-dua suspek itu yang menghilangkan diri sejak 10 Jun lalu, menyerah diri di Ibu Pejabat SPRM semalam.

Mereka dikehendaki SPRM kerana disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah membabitkan sebuah syarikat yang mendapat projek promosi pengiklanan Kementerian Pelancongan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

Katanya, suspek lelaki itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 19 Ogos ini.

Media sebelum ini melaporkan pemilik sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan tender pengiklanan itu didakwa atas 3 pertuduhan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan pada 27 Julai lalu kerana mengemukakan tuntutan palsu untuk mendapatkan tender “Global Advertising Agencies and Promotion for Tourism Malaysia” bernilai RM89 juta.

Berita sebelum:

SPRM tahan bekas pembantu kanan kepada bekas menteri pelancongan

UTAMABERITABekas pembantu kepada bekas menteri pelancongan, tunang direman 5 hari

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium