Bekas Pengerusi MAS Saman Malaysian Insider RM200 Juta

Bekas Pengerusi Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli memfailkan saman berjumlah RM200 juta terhadap portal berita, The Malaysian Insider, berikutan penerbitan artikel yang didakwanya memfitnah beliau.

Beliau menamakan syarikat The Malaysian Insider Sdn Bhd sebagai defendan pertama manakala Ketua Pegawai Eksekutif Jahabar Sadiq dan wartawan Shazwan Mustafa Kamal sebagai defendan kedua dan ketiga.

Tajudin, yang menerajui syarikat penerabngan itu dari 1994 hingga 2001 memfailkan writ saman itu pada 18 Ogos lepas di Mahkamah Tinggi Sivil di sini menerusi Tetuan Lim Kian Leong & Co.

Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Harmindar Singh Dhaliwal pada 19 Sept ini.

Menerusi pernyataan tuntutan, Tajudin mendakwa portal berita itu menerbitkan kata-kata fitnah dalam sebuah artikel pada 31 Mei 2011.

Beliau turut mendakwa bahawa portal terbabit mengulang beberapa kata-kata fitnah menerusi artikel lain walaupun telah dipohon menerusi surat supaya tidak berbuat demikian dan pengulangan itu menunjukkan portal terbabit berniat jahat.

Tajudin berkata The Malaysian Insider membalas suratnya dengan penegasan bahawa kata-kata di dalam artikel itu bukan fitnah dan ia mempunyai pelbagai sumber maklumat.

Selain ganti rugi am untuk kecederaan dan kehilangan reputasi tidak kurang RM200 juta, Tajudin turut menuntut ganti rugi keterlaluan dan faedah.

Comments (No)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.