Bekas Pengurus Dan Tiga Pengawal Dihukum Mati Kerana Menculik - pakdin.my

Dihukum Mati Kerana Menculik

Seorang bekas pengurus syarikat kawalan keselamatan dan tiga rakan dijatuhkan hukuman mati kerana didapati bersalah menculik sepasang suami-isteri, dua tahun lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Noor Azian Shaari.

Hakim memberikan keputusannya setelah mendapati keempat-empat mereka gagal menimbulkan keraguan terhadap tuduhan yang dihadapi ketika dipanggil membela diri.

Mereka yang disabitkan kesalahan ialah, P.Thinagaran, S.Arumugam, S.Krishna kumar dan K.Santisagaran.

Kesemua mereka didapati bersalah menahan E. Grace dan S. Kumar bagi mendapatkan tebusan 5 ribu ringgit.

Perbuatan dilakukan di Jalan Merak, Pusat Bandar Puchong.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961.

 

UTAMABERITABekas Pengurus Dan Tiga Pengawal Dihukum Mati Kerana Menculik

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium