Bapa mana yang tidak berbangga apabila anaknya yang pernah menjual kuetiau di ibu kota dulu kini menjadi penyumbang emas kepada negara pada Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil.
Itulah perasaan Zolkefli Othman yang jelas berbangga apabila anaknya Muhammad Ziyad mengotakan janji untuk menghadiahkan pingat emas buat keluarganya dan negara dalam acara lontar peluru yang disertainya.
Lebih manis lagi kilauan emas itu merupakan hadiah sempena ulang tahun kelahiran Zolkefli ke-62 pada 1 September lalu, pada hari beliau menghantar atlet paralimpik itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Rio de Janeiro.
Muhammad Ziyad, 26, melalui acara F20 (masalah pembelajaran) turut mencipta rekod dunia baharu dengan lontaran sejauh 16.84 meter pada percubaan kelima beliau di temasya sukan berprestij itu pada Sabtu.
“Masa saya hantar Ziyad di KLIA pada 1 September lepas, hari itu adalah hari jadi saya. Dia ada berjanji kepada saya akan membawa hadiah pingat emas. Kami sekeluarga sangat gembira dengan kejayaannya,” kata Zolkefli.
Seorang lagi atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohd Puzi meraih emas pertama negara dalam acara 100m T36 lelaki (celebral palsy).
Zolkefli berkata, ibu bapa yang mempunyai anak seperti Muhammad Ziyad perlu sentiasa mendekati anak masing-masing kerana mereka mempunyai kelebihan luar biasa.
Mengulas lanjut, beliau berkata: “Ziyad tidak suka menyusahkan orang.
Beliau sangat berdikari serta pandai memasak. Sebelum dia ke Majlis Sukan Negara, Ziyad berniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman menjual kuetiau.
“Ziyad memang seorang anak yang tidak pernah putus asa dan rajin sejak zaman sekolah lagi. Ziyad memang suka kerja berat. Ketika bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah di Kelantan, dia melakukan kerja bina rumah apabila cuti sekolah.”
Beliau berkata Muhammad Ziyad, anak sulung daripada empat beradik, meminati sukan sejak zaman sekolah rendah dan menengah.
“Saya masih ingat lagi anak saya bermula darjah lima baru tahu membaca.
Ziyad dibantu oleh seorang guru wanita berbangsa India sehingga beliau mendapat nombor tiga dalam kelas ketika itu.
“Ziyad dikelilingi oleh orang yang sangat menyayanginya, kebolehannya ini juga adalah hasil bantuan gurunya berbangsa Cina di Kelantan. Sehingga kini gurunya itu masih mengikuti perkembangannya,” katanya.
Muhammad Ziyad Zolkefli Memecahkan Rekod Dua Kali Pada Lontaran Pertama Dan Kelima. Beliau tidak melakukan lontaran terakhir sebab sudah mengatasi semua peserta. #ParalympicsRio2016
Dengan lontaran sejauh 16.84m mengatasi rekod 16.59 yang dipegang oleh Todd Hodgetts dari Australia sejak 2007 di Paralympics London.
Bekas Penjual Kuetiau Sumbang Emas Paralimpik Buat Negara https://t.co/s0KvzKnRp8
Bekas Penjual Kuetiau Sumbang Emas Paralimpik Buat Negara https://t.co/1dIIZUdHYJ
Tahniah……
Bekas Penjual Kuetiau Sumbang Emas Paralimpik Buat Negara: Bapa mana yang tidak berbangga apabila anaknya yan… https://t.co/5SMbLSZiuC
Bekas Penjual Kuetiau Sumbang Emas Paralimpik Buat Negara https://t.co/ZQUalVr3Bf
Jutawan Kuetiae….
Inaa Lizaa liked this on Facebook.
Mohammad Hamid liked this on Facebook.
Roliza Othman liked this on Facebook.
Mohd Hatta Mohd Junaidi liked this on Facebook.
Jafri Yie liked this on Facebook.
Nona Anna liked this on Facebook.
Ahmad Abidin liked this on Facebook.
Orgkaya Setia Tunggak Alam liked this on Facebook.
Abu Kodin liked this on Facebook.
Raufie Osha liked this on Facebook.
En Egoiste Abdullah liked this on Facebook.
Nadzri Hamzah liked this on Facebook.
Returnagainla Peryplatipuss liked this on Facebook.
Ib Hussin liked this on Facebook.
Mazlan Ohkom liked this on Facebook.
Zulkifli Md Taft liked this on Facebook.
Din Rmg liked this on Facebook.
Pokcik Bambino liked this on Facebook.
Serina Jaafar liked this on Facebook.
Tom Hagen liked this on Facebook.
Azmi Haron liked this on Facebook.
Omani Dowd liked this on Facebook.
Faris Ibrahim Shafion liked this on Facebook.
Dzul Bentong liked this on Facebook.
Che Su liked this on Facebook.
Sirap Lengkong liked this on Facebook.
Abdulhalim Abdul liked this on Facebook.